Monday, July 17, 2006

Rahsia Jadi Ayah Yang Berkesan


  • Assalamualaikum,
    Selepas je dengar berita pasal Siti Nurhaliza nak kawin dgn Datuk Khalid, saya mulakan menaip. Hebatnya la cerita sampai wakil rakyat di parlimen pun boleh bagi komen…he he… saya bukanlah jenis yang minat sangat dengan perkembangan hiburan ni even perkembangan nasyid sekalipun namun berita siti nih ibaratnya macam ikon besar negara kita. Baik atau tidak, kita sendiri boleh menilainya.

    Harini pun saya agak pening sebab semalam saya mengemas kotak lama yang berisi dengan ‘sampah yang berguna’. Punyalah susah nak decide yang mana nak buang dengan yang mana nak simpan. Kerja mengemas tu selesai pukul 11.30 malam semalam. Alhamdulillah, dalam kebuntuan saya dapat jugak memutuskan sama ada saya boleh meneruskan hobi lama saya atau tak..he he…

    Dah alang2 bercerita kan boleh la saya bgtau hobi saya apa kan? Hobi saya dulu2 mm…saya senaraikan kat bawah la ek…
  • Buat kad buatan tangan (aiceh..tak kira la lawa ke tak kan?)
  • Buat book mark dan perkara yang sewaktu dengannya
  • Kumpul setem (so, sape yang masih ade minat mcm saye boleh la contact2 saya ek)
  • Buat buku skrap – kartun (ikut pelukis dia eg Zunar, Rossem, Lat), resepi, pendidikan anak-anak, kesihatan, penemuan sains dll (byk tau buku yg saya skrapkan)
  • Membaca – novel, majalah (NUR-tak ketinggalan lagik plus lain2)

    Ape lagi, rasanya yang tu je. Skang nih nak kata susah itu hanya alas an tapi mmg tak berkesempatan. Mungkin saya belum cukup bijak mengatur masa. Saya berkira2 nak buat jadual bulanan untuk diri saya sbb saya tau kalau ada jadual, saya akan seboleh daya dan sanggup qadha kerja kalau saya tak patuhi jadual. Pastilah masa yang terkorban tu adalah masa tidur.

    He he…tajuk kat subjek lain kan tetiba saye membebel pasal benda lain. Oklah, mari kita berckap tentang tajuk. Kenapa saya pilih tajuk nih. Sbb bagi saya peranan ayah dalam sesebuah rumah terutamanya untuk mendidik anak bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Maaf lah saya tak ingat dimana saya mendapatkan artikel ini. Namun saya berharap Tuhan memberi kerahmatan pada penulis asal artikel di bawah…

    Rahsia jadi ayah yang berkesan
BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

  • Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan
  • Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya
  • Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri
  • Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketikazaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.


Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada beberapa rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

  • Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab
  • Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga – jangan lah sampai bapa tu sendiri confuse dgn peranan dia
  • Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumahtangga, disamping ibu mereka – setakat beritahu tak cukup, tunjuk tu yang penting, nih basuh pinggan pun tak, kesian kat bini, nanti anak ingat basuh pinggan je keje mak dia. Tak jatuh nye macho kalau basuh pinggan..
  • Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika anda terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah – ini tidak bila anak tegur kita naik angin sedangkan dia perlu tahu yang mana kesilapan dan cara untuk mengelakkannya..
  • Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas dirumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang! – ini bukan setakat saja-saja taknak kasi anak jadik jahat ke pelik ke tapi adalah untuk menunaikan amanah ALLAH

Kenali anak anda.

  • Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda
  • Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka – malang sungguh bagi bapa yang hanya diam tak beri respon dgn setiap kelakuan anak. Belajarlah berkomunikasi dengan anak
  • Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing – yang ni memang penting sbb dengan cara ni, anak2 tidak akan pergi jauh dari kita dan kita pulak banyak reporter tentang sebarang kelakuan mereka. Lagipun, kan lebih baik rumah kita dijadikan port untuk anak2 dan kawan mereka dari mereka membuang masa di tempat yang kita tak tau
  • Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

Istiqamah (tetap pendirian)

  • Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.
  • hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan) – ini tidak, sikit2 melenting macam nak rak padahal salah anak ciput aje. Bab ni, mungkin suami isteri perlu saling tegur menegur tentang cara komunikasi dengan anak-anak
  • sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan) – buatla agenda harian (eg solat jemaah subuh), agenda mingguan (eg ramai2 ke pasar), bulanan (eg gotong royong) dan jadilah orang yang paling disiplin sekali supaya anak mesra dgn kita
  • kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti
  • Melindungi, menyara dan mendoakan – doa kita dan restu kita akan mengiringi anak2…sayangilah mereka
  • Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah
  • Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis
  • Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat
  • Mencintai ibu mereka. Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna
  • Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

Menjadi pendengar yang baik

  • Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia
    Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan
  • Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka berhak untuk didengari dan diberi perhatian

Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian

  • Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama
  • Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah
  • Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid
    Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!