Thursday, April 05, 2007

Kesan Cahaya Matahari Kepada Mata


Assalamualaikum,
Masa kecik dulu, bila org kata jgn tgk direct matahari, saya pun tak berani nk tgk. Tapi maklumlah zaman budak, perasaan nak jugak tengok meluap2 sangat. Tgk dalam masa sekejap mmg kerap tapi kalau tgk matahari dgn tujuan nk tau apa tu matahari tak pernah lah lagi.

Sampai sekarang pun saya masih lagi mempunyai rasa ingin tahu apakah yg ada di matahari sana. Kalau tengok mungkinkah pula boleh nampak apa yg ada di sana?? Betapa kan kita rasa bahangnya walaupun jauhnya uk...saya pun taktau he he...tapi kompem la jauh kan??

So, apekah kerosakan yg boleh berlaku??
- Kerosakan fotokimia kepada penerima cahaya dalam mata
- Lapisan paling sensitif dalam mata boleh terbakar tanpa disedari - haha, terbakar ni takla terbakar samapi berapi ke berasap he he...
- Kerosakan pada hujung saraf
- Kanta mata bertukar menjadi kabur (katarak)- yang ni mmg saya pernah tgk seorg budak datang klinik mata masa tu time praktikal, kene selaput. Ayah dia kata anak dia sll tgk matahari. Sudahnya kanta dalam mata dia kene buang.

Kesan ni terjadi bukan sahaja sbb cahaya matahari yg kita boleh nampak tu, tapi kerosakan tu mungkin disebabkan oleh cahaya tidak boleh nampak. Cahaya tak boleh nampak??? Mende ha?? Pernah dengar infra red? atau Ultra Ungu? Ni lah yg saya maksudkan dgn Cahaya tak boleh nampak.

Cahaya UV boleh menyebabkan katarak dan sunburn. Sunburn yg sll org kata gi kat panas kulit jadi gelap tu la maksudnya sunburn. Infra red pula akan merosakkan tisu kanta dan mata akan menjadi kabur disebabkannya.

Kerosakan ni hanya akan dapat dirasakan selepas beberapa jam kita tgk cahaya matahari tuh. Mata masa tu akan mula berasa pedih, berair dan kabur. Jadi kalau lagi lama kita usha matahari tu, mungkin lebih lah lagi kerosakan yg akan mata kita tanggung. Jadi kalau teringin bebeno nk tengok matahari...gunalah penuras yg direka khas seperti Polyster atau Cermin Questar serta pancaran dari teleskop atau cermin kecil...Kat mana nak dapat??mmm....Acu tanya Planetarium Negara...

2 comments:

  1. adeiila...
    klu mase kecik2 dulu lara bace
    artikel nih, agaknye takyah la
    pakai specs skrang huhuhu.. wallahualam bisawab!

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:31 PM

    waalaikumussalam

    ini pengalaman saya lah, mmg saya suka tgk matahari masa kecik2
    alhamdulillah tak pernah pula terjadi apa2 may be allah beri saya peluang utk nikmati ciptaan nya kot skang ni pun sekali sekala saya akan tgk matahari jugak secara direct cuma mata saya dah tak berapa lama bleh tahan dgn pancaran cahaya matahariciptaan yg maha Esa tu jika nak dibandingkan dengan masa saya masih kanak2

    walaubagaimana pun bukan lah niat saya utk nafikan penjelasan pn siti ni

    just to share my own experience
    8-)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!