Sunday, September 23, 2007

Takde Tajuk!! Tapi Maafkan Saya...

Bismillah,
Saya sebenarnya nak rasa marah. Tapi mana ek nak tuju. Ha ha... Alkisahnya YMlist saya dah menunjukkan angka 409 orang. Sejujurnya, lebih ramai yang tidak dikenali dari yang saya kenali. Saya berterima kasih kerana sudi sekurang-kurangnya menjadi teman saya di alam siber ni.

Namun, saya ingin mengingatkan, saya tidak mahu berkongsi perkara yang saya katakan sebagai peribadi. Peribadi atau berunsur pelik sebagai contoh ...aarrghh...saya nak sebut di sini pun tak gamak. Memanglah sekadar nak bertanya tentang masa dekat bersalin tetapi saya rasa pening kalau seorang lelaki pulak yang bertanya.

Satu harinya beralih pula konon-konon isterinya yang menggunakan id yang digunakannya. Saya tidak mahu senang-senang menuduh dia menipu tapi cara perbualannya terlampau sinonim. Cara dia tekan enter, cara dia panggil, cara susunan ayat... Saya rasa saya tidak terlalu buta untuk menilainya.

Justeru, ini pertama kali saya bertegas dengan orang ini. Seandainya ada membaca ayat-ayat ini, terus terang saya memohon kemaafan. Saya tidak mahu dihujani soalan yang saya kira tidak patut saya jawab. Sekiranya anda memberi soalan yang sesuai, saya akan jawab seadanya namun sekiranya soalan yang diberi saya katakan saya tidak tergamak untuk menjawab, maka saya minta maaf.

Saya cukup berterus terang serasanya sepanjang berkawan dengan sesiapa. Justeru saya pinta, untuk tidak merosakkan hubungan yang harmoni dan juga moga ALLAH memberkati tali silaturrahim yang telah kita sama-sama jalinkan, maka, saya pohon hormatilah permintaan saya.

Buat mana-mana yang saya kira qarib dengan saya, saya ucapkan terima kasih. Anda benar-benar memahami saya dengan memilih tajuk-tajuk yang sesuai untuk dibualkan. Buat mereka yang selalu bertanyakan khabar, saya ucapkan terima kasih. Sungguh ada kala saya tidak dapat menjawab salam dari anda atas hambatan waktu.

Saya memahami adakalanya kita ada masalah yang mendesak dan kita mahukan seseorang untuk berbicara. Namun, fikirkanlah dulu sama ada perkara yang kita ingin soal adakah sesuai untuk diajukan atau tidak kepada saya. Maaf sekali lagi, saya tak akan mampu bercakap tentang perkara yang tidak saya bercakap dengan sahabat paling baik saya sekalipun.

Astaghfirullah!! Sungguh saya sedih bertindak seperti itu tadi. Saya benar-benar memohon kemaafan. Tapi saya minta orang tu berfikirlah semula seadanya.

Buat yang lainnya, saya tidak bimbang sekiranya anda mahu berkawan dengan saya. Cuma terus terang, buat teman lelaki yang saya boleh membalas kata-katanya maka merekalah orang yang bijak memilih tajuk untuk kita sama-sama bincangkan. Kebanyakan teguran dari teman wanita pula jarang sekali saya tinggalkan tanpa jawapan kecuali saya benar-benar ada urusan.

MAAF SEKALI LAGI!!!!
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!