Thursday, November 08, 2007

Panduan Elak Diri dari Sihir


Bismillah,
Artikel ini saya amik dari laman web Us. Zaharuddin. Arini mcm ada mood pulak nk cerita kisah lama mcm mana saya jumpa dengan benda2 pelik ni. Yg first, nk cerita pasal anak saya Uwaiys (tapi rasanya ni bukan sihir2 la). Masa tu rasa mcm dalam pantang lagi saya kene hadir kursus kat Pulau Pangkor.

Disebabkan kursus itu perlu jugak, so saya decide belanja lebih sikit untuk dapatkan satu bilik utk saya, Uwaiys dan abah dia. Kami pergi bertiga. Dalam perjalanan ntah mcm mana kete kitorang terbelok dan masuk longkang. Time tu kat lebuhraya Timur Barat dan dah tak jauh dari Grik dah time tu.

Uwaiys actually dari kecik takla menangis kuat tapi kalau time lapar tak disua susu mak ai dia punya speaker, memang agak high level. Dalam tiga org anak, Uwaiys la yg power sekali suara dia masa baby. Dia jugak ada line biru melintang atas batang idung yg org tua2 kata ada sawan tangis tapi alhamdulillah, dia takla tunjuk symptom pelik2. biasanya nangis dia boleh dipujuk.

Satu malam di Pangkor, dia nangis pelik dan saya lak tgh belajar buat akaun tapi nil ah org kata power of the ‘Mak’. Sekebal2 pintu bilik kursus tu saya boleh dengar Uwaiys nangis. So, saya bagi susu badan, yang peliknya bila dia bawah tudung saya dia senyap, dan bila dikeluarkan dia nangis. Nampak mcm ada sesuatu kan?

Selepas tu, saya decide bawak je Uwaiys dalam bilik ceramah tu. Belasah je sbb dua2 ni penting. Uwaiys penting dan ceramah tu pun penting. Lagipun dia senyap je bawah tudung saya. So, sblh tangan menaip dan sblh lagi dukung Uwaiys. Mintak2 pandai la besar nanti he he kecik2 lagi dah belajar akaun yang umi dia belajar masa umur 26.

Rupanya tangisan Uwaiys melarat sampai tgh mlm. Suami saya bawak Uwaiys keluar dari chalet kitorg dan tgk2 org lain dah duduk kat luar tu seolah2 pelikkan Uwaiys yang tak berenti2 menangis. Uwaiys pun didukung dek sorg peserta dan membacakan sesuatu. Tiba2 dia yg mendukung tu mcm nk terjatuh dan dia sempat pas Uwaiys pada kawan baik dia.

Akak yg tadinya jatuh didukung bawak masuk bilik dia dgn bantuan sorang budak laki. Saya tatau la ni kes darurat ke hape tapi kita yg tak pasti bila dia nk sedar ni takkan la biar je dia terbaring kat situ. lepas pada tu, suami saya azan berkali2 dan lepas tu kami bacakan yasin sampai Uwaiys tido.

Esok tu semua orang start program lambat gara2 semua tido lewat smlm. Saya tak sabar2 tgu akak tu bangun nk tya what happened actually on that nite. Bila jumpa je dia kata, “Besar Fizah…Berbulu2.” Erk, tak ke jadi cerita. Saya pun tak tya byk sbb kalau cerita2 mcm ni sekalipun terlalu dekat dgn saya, saya tak minat nk tya.

Alkisah, akak berdua tu yang pegang anak saya memang sering diganggu dan menurut ceritanya, yg pengsan tu pernah jadi mcm superman gitu terawang2 kat udara. Dia kata sihir yang dihantar tu seolah2 nak suruh dia pegi dalam air dan benamkan diri. Diorg cerita mcm2 dan saya banyak jugakla sempat dengar cerita. Bayangkan kedai diorg yang dah lama beroperasi orang tak nampak sampai satu hari orang yang keje betul2 atas kedai diorg yang diorg nampak orang tu parking tiap2 hari kat depan kedai boleh masuk kedai n tya bila diorang mula beroperasi.

Permulaannya dia kata diorg taktau diorg ni disihir, sampai la diorg rasa takut buat pertama kali. Start je rasa takut, mcm2 jadi sampai jadi sakit2 la apa la padahal sblm tu bukan takde gangguan tapi diorg tak tau benda tu sihir, so, takde la rasa mcm takut. Bila dah takut je, jadilah begitu. So, diorg nasihatkan saya. Takut biarlah hanya pada ALLAH SWT kerana Dialah yang mendatangkan kemudharatan atau kemanfaatan.

Dalam kes2 mcm ni, kita mesti berhati2 kalau nk jumpa bomoh. Orang kalau dah percaya bomoh masya ALLAH, anak kecacingan pun jumpa bomoh cacing. Time kene campak jumpa bomoh campak. Mcm2 ada.. Tapi sblm berubat tu, ceklah dulu kaedah perubatan dia kalau pakai perantara mcm jin setan semua tu bebaik la. Takut nnt kang jatuh syirik pulak tak?

Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Perkara yang terbaik utk kita lakukan bagi mengelakkan sihir adalah sentiasa menjaga kualiti solat lima waktu kita. Baca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Seperti dalam firman ALLAH ertinya :
" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)

Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99) M

emanglah sebenarnya bila kita melakukan amalan wajib kita mcm solat tu dengan sempurna, sebahagian kehidupan kita tak akan terjejas dengan gangguan yang tidak kita ingini. Dindingkan pula diri dengan bacaan ayat suci al-Quran kerana dengan membaca kitab mulia ini ditambah dengan berzikir mengingati ALLAH SWT akan menjadikan kita seorang yang tenang.

Bukan apa, mahu atau tidak kita terpaksa menerima hakikat bawah sihir ni memang wujud. Seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin :
1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan
"sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" ( Al-Baqarah : 102)

3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )

4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Erti firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)

Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Yang ni diamalkan oleh mertua saya setiap hari. Dia pun selalu nasihatkan anak2 dia agar selalu diamalkan 3 qul ni. Tiap pagi seusai solat Subuh sebelum membaca surah lazim yang dia baca dalam al-Quran, dia akan baca surah2 ni 3 kali setiap satu surah.

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim".
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Kepada Na, saye dah jawab sikit dari persoalan yang Na tya saya tempohari dalam artikel ni. Kredit utk artikel asal oleh Us. Zaharuddin. Adik ipar saya ada juga kirimkan beberapa ayat yang dia dapat dari pensyarahnya di Jordan. Tapi saya tak dapat nk sertakan di sini sbb byk sgt. Tapi semua ayat alQuran tu ada perkataan “Hafiz” yang bermaksud pelihara—huhu kalau salah mintak yg lain tolong betulkan.

Okla, semoga ada manfaatnya di sini. Salam buat semua.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!