Sunday, September 07, 2008

Tips Kesihatan


Bismillah,

Sementelah kita berada di bulan puasa, yang tidak lain untuk mendatangkan kesihatan yang lebih kepada tubuh badan, maka ada baiknya juga kot saya cuba bawakan tajuk ini. Walaupun ada sesetengah orang yang addicted to 'food' sehingga bulan Ramadhan menjadi bulan yang melelahkan, maka saya teringin sekali membawakan beberapa idea yang mungkin boleh mengalih ketagihan anda :)

- Sentiasa Gembira
Mmm...tuan yang bercakap ini juga tidak lari dari perasaan sedih. Bila sedih sebenarnya kita sedang melalui satu fasa di mana ketika itu kita paling dekat dengan Pencipta kita. Walaupun begitu, hanya orang yang menghargai perasaan berTuhan sahaja yang akan merasai kegembiraan ini. Ketika sedang bersedih, datang ingatan kepada ALLAH sehingga jiwa kita yang tadinya resah kembali penuh dengan peluang2 yang menggembirakan. Oleh itu, saya menyeru diri sendiri agar sentiasalah mengingati ALLAH SWT supaya hati tidak gundah dan sll berada dlm kegembiraan insya Allah.

- Mental yang rileks
Tak rugi kalau beramah mesra dengan orang-orang yang disekeliling kita. Dengan sikap ramah tamah ini, kita akan memperolehi lebih ramai kawan. Apabila ramai kawan, dengan sendirinya semua urusan kita akan menjadi mudah. Tak percaya? Berapa ramai orang suka adjust mintak keje sebagai contohnya melalui kawan? Memang benda ni tak baik tapi byk lagi perkara lain yang mudah sebagai contoh, bila tayar pancit kat tengah jalan ke, boleh la telefon sape2 utk maklumkan kesusahan yang dialami. Biasanya orang yang macam ni senang beroleh pertolongan dari kawan2.

- Tidur yang cukup
Kepenatan bekerja menyebabkan tubuh perlu kepada rehat. Kita sepatutnya tidur dalam jangka masa 8 jam tanpa gangguan. Sebelum tidur, rehat2kanlah minda supaya apa yang anda fikirkan tidak terbawa2 di dalam mimpi.

- Senaman ringan
Untuk menjadi sihat, walaupun anda kurus keding, gemuk gedempul, slim n steady, senaman adalah satu cara yang paling dekat dengan gaya hidup unggul. Jika anda ayu, carilah senaman yang control ayu, jika anda besar, carilah senaman untuk mengecilkan, jika anda steady, carilah senaman untuk mengekalkannya.

- Pemeriksaan doktor
Ini lagi satu cara untuk memastikan kita benar-benar tidak diancam dengan kondisi badan yang tidak sihat. Kadangkala kita tidak sedar badan kita menjadi sarang penyakit sehinggalah penyakit benar2 meraja dalam badan kita.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!