Saturday, October 04, 2008

Umi Rindu Kakak


Bismillah,

Beraya di rumah mertua kali ni. Memang dah ada dalam perjanjian kami. Duduk di area Kelantan sana, raya di Penang ni. Duduk di area Penang ni, raya kat Kelantan sana pulak. Alhamdulillah, seronok sangat beramai2 di hari raya. Sehingga tak teringat nak balik rumah sendiri..he he...

Sekarang umi dah balik tapi pagi kami bertolak, Asmaa' tak dibawa masuk ke kereta. Walaupun umi dah peluk cium kakak masa kakak tidur tu, hari ni umi masih rindukan kakak. Tapi kadang kala umi rasa kesian pula kat tokku tinggal sorang2. Dia mesti nak ditemani jadi umi korbankan perasaan umi kali ni.

Abah janji tak lama. Minggu depan abah datang amik. Mmm..tak sabar umi nak tunggu minggu depan. Sebab dah lama jugak ye kita dah jadi kawan baik kan kakak? Kakak dah pandai sembang dengan umi. Dah pandai berterus terang perasaan kakak dengan umi. Kakak dah mula nampak apa yang umi suka dan umi tak suka. Tu pasal umi rindu kat kakak.

Kakak ada bagitau umi masa umi tanya kenapa kakak merajuk. "Kakak geram kat Umi," hu..hu...anak dara umi dah pandai merajuk. Umi rasa kita sama la sebab umi rasa senang umi nak pujuk kakak. Umi panggil kakak, "Makcik kecik," je kakak dah ketawa semula. Mmm...kakak ni comel la...

Umi sebenarnya dah mula rasa serik tinggal anak umi kat orang tapi umi sayang juga kat tokku kan. Mesti agaknya nanti tokku rasa sedih pulak kalau umi buat tak tau je bila tokku suruh tinggal kakak kat kampung. Bertuahnya kakak tokku sayang kakak. Opah pun nampak macam sedih je kakak tak balik. Tapi opah cuma kata, "Sayang budak tu tengah sekolah elok2 pegi tinggal."

Kakak pun dah cerdik sekarang. Orang lain main, umi tengok kakak banyak perati. Bila rasa boleh masuk main baru kakak main. Umi suka sangat tengok kakak macam tu. Tapi ada satu tabiat kakak skang ni yang susah betul ek nak buang. Huhu...nape kakak kuat nangis...siap buat bunyi nangis lagi walaupun air mata dah takmau keluar...time ni memang umi rasa nak cubit tau...

Lamanya ek nak tunggu minggu depan..mm...abahnye, boleh tak gi amik kakak esok? He he....
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!