Sunday, April 19, 2009

KL Tidak Semesra Dulu


Bismillah,
Saya berhajat utk mengunjungi MAPO Fair dan alhamdulillah suami memahami. Tapi sayang sekali dia perlu menjaga anak2 ayam yang bakal menetas pada anggaran tarikh yang sama saya ke KL. Maka, saya terpaksa buat keputusan untuk pergi sendirian. Bagi meringankan beban suami saya memilih dua orang anak untuk menemani saya. Jadi saya bawa Asmaa' dan Usamah.

Saya merancang lebih awal, seawal seminggu sebelum saya bertolak ke KL. Di sebabkan saya jarang sekali boleh sampai ke KL selepas mempunyai perniagaan ini, maka atas keterbatasan masa saya memilih untuk mengunjungi 3 destinasi selain menginap di dua tempat. 3 destinasi itu adalah MAPO Fair di KLCC, Book Fair di PWTC dan Sarakids.

Dua tempat yang saya jangka untuk menginap adalah di rumah sahabat baik saya Syuhairah dan rumah biras dan adik ipar saya di Bangi. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar sekalipun saya bimbang anak2 saya terkencing atas kerusi bas he he. Sengaja saya catu susu mereka dgn mengalih perhatian mereka untuk melihat pokok2 nan menghijau sepanjang jalan.

Akibat terlampau ralit melihat pokok2, mereka terlentok awal. Saya hanya mengejutkan mereka bila saya sedar Maghrib telah masuk dan lampu KL mula kelihatan berserelakan. Dengan susah payah Usamah dan Asmaa' membuka mata tapi tidak lama mereka terpisat2. Mereka cepat segar apabila melihat bangunan2 nan tinggi itu. Tidak berhenti2 pula mengajak umi mereka untuk singgah ke bangunan yang umi pun tak tau bangunan apa.

Sampai saja di sana, Syuhairah dah menyambut saya. Dia macam dulu2 juga. Sahabat baik saya yang boleh berkongsi banyak benda. Sahabat baik yang satu masa dulu tak terbau bau kentutnya. Sahabat baik yang sama2 berkongsi poket semasa musim papa kami. Sahabat baik yang banyak membebel dan akhirnya dengan izin ALLAH, saya berpusing menjadi saya hari ini.

Makcik dan Pakcik saya pastilah tidak berhenti membebel bila saya tidak singgah atau tidak memilih rumah mereka sebagai tempat kami bermalam. Memang sengaja saya aturkan begitu kerana saya benar2 mahu meluangkan masa untuk 3+2 perkara yang saya beritahu di atas tadi. Tapi saya menolak dengan baik ajakan mereka cuma pakcik bernada kecewa bila kali terakhir dia telefon tadi saya telah berada di atas bas menuju Parit Buntar semula.

Begitulah hangatnya sambutan hangat pakcik dan makcik. Mereka suka rumah mereka dikunjungi tetamu. Walaupun KL tidak mesra, mereka masih mesra seperti dulu. He he..kenapa saya tergamak menuduh KL tidak mesra? Saya dulu tinggal di KL selama 3 tahun. Saya merempit (dibaca sebagai menunggang motosikal) lagi di sana dan kawasan jajahan saya adalah sehingga ke Bangi sekalipun malam atau hari hujan.

Tetapi dulu, saya tidak dihantui kesesakan lalulintas seperti yang saya lalui Sabtu lalu. Sangat menyakitkan hati dan bukan itu sahaja, bahkan saya dan Syuhairah sesat barat dibuatnya. Syuhairah memang dah sah2 fail Geografi KL (Syu, sila kenang beberapa kisah silam kita dengan kes sesat neh) dan saya pula telah lama tidak sampai ke KL.

Dengan anak2 yang kebetulan sama2 ngam. Muna+syafi berkadar langsung dengan Asmaa' + Usamah. Barangsiapa ternampak seorang umi memboyot berlari kejar anak dara dia dan seorang umi lagi terjerit2 macam Tarzan memanggil nama anak2 kami di Taman KLCC, maka itulah saya dan Syuhairah. Pastilah yang menjadi Tarzan itu saya kerana kebolehan itu hanya ibu beranak 4 sahaja yang ada :P

Kami masuk ke dalam KL Convention Centre sedang elok selepas Majlis Perasmian MAPO Fair selesai. Terlihat di mata saya Ketua Puteri UMNO memakai baju biru batik bersalam2 dengan apek2 supplier di dalam majlis itu. Tercari2 juga kelibat orang Melayu sebelum mata saya menangkap kelibat Prof Azrin, Ketua Jabatan saya semasa kami belajar dulu di UKMKL. Pastilah saya tidak tegur dia bukan kerana tidak mengenang jasa guru, tetapi untuk mengejar anak kami yang berlumba lari dalam pameran peralatan optikal itu. Owh..sungguh hazabb sekali (meminjam ayat Mama Mencah)

Tapi watak Tarzan saya di dalam ini berubah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di mana ada seorang Timbalan Menteri Kesihatan di situ. Banyaklah beg2 yang saya kumpulkan dari supplier, banyak juga saya menjeling harga mesin2 yang aduimak harganya membuatkan saya boleh memandang sahaja dan ramai juga supplier yang cam muka ibu mithali ini. Dan anak2 kami dihadiahkan dengan satu permainan (Usamah telah memecahkan satu darinya sebelum kaki saya sempat melangkah lebih dari 20 langkah) dan Syarikat Hanspec dengan trademark epalnya telah berbaik hati menunjukkan simpati kepada anak2 kami dengan memberi mereka seorang sebiji epal.

Akibat dari tidak makan pujuk umi, mereka meronta2 untuk makan epal itu dan kami pun basuh epal tu di toilet berdekatan untuk membuatkan mulut mereka diam. The best part tentang epal ialah Usamah yang terlanggar seseorang yang tak perasan ada budak comel separas pinggang dia tgh makan epal di situ. Lalu epal itu bergolek2 depan orang yang memakai baju biru yang saya katakan tadi. OH NO!!! Saya tiba2 rasa nak pitam bila Ketua Puteri UMNO itu hampir nak menolong anak saya ambil buah epal itu dikakinya. Wuwuuuuu....Tapi takde orang buat muka marah pun malah apek2 supplier cuma ketawa (bukan ketawa menghina tetapi ketawa untuk membuatkan saya rasa kesilapan anak saya itu masih tidak mencemari majlis itu).

Panjang pulak kisah nya yek..takpe, saya ringkaskan. Apa yang saya terkilankan, saya tidak dapat berjumpa dengan ipar dan biras saya yang turut ada dalam KLCC. Saya dan Syuhairah tidak dapat lagi meranduk trafik manusia dalam KLCC itu dengan anak2 kami yang dah penat berjoging dalam kawasan pameran tadi. Dan mereka pula tidak tahu di mana duduknya air terjun Taman KLCC. Maka berjanjilah kami untuk berjumpa di PWTC di Book Fair.

Malang sekali, parking tak ada dan kami menyusur keluar dari Stesen Bas Putra sambil membayar RM 3 sekalipun untuk tumpang lalu sahaja. Maka sekali lagi kami tidak bertemu dengan ipar dan biras saya. Maafkan kami Cik Jah n Cik Thirah, takde jodoh kita kali ini. Terus sahaja saya hubungi Farah tuan Sarakids kerana kebetulan saya dan Syuhairah mahu melihat Cloth Diapers yang kini hebat diperkatakan malah Syuhairah pun berura2 untuk membeli baju2 untuk dua anakandanya (mungkin untuk bakal babynya juga).

Tetapi Farah kata dia kepenatan dan tidak mempunyai kudrat untuk pergi ke kedai. Ditambah pula hari itu mereka declare sebagai Hari Bersama Keluarga. Lalu saya terfikir, jika untuk membeli barangan itu, mungkin saya boleh mendapatkannya secara online. Jadi, ketiadaan Farah di kedainya membuatkan saya membuat keputusan drastik untuk berpatah balik ke PWTC. Tapi jemnya jalan maka kami mengambil keputusan untuk balik sahaja, lagipun Usamah dah terlena dalam kereta.

Saya hormati apa yang dikatakan Farah kerana bukan senang untuk mereka yang sibuk sepertinya untuk bersama dengan keluarga. Jadi saya tidak mahu hari mereka diganggu. Juga saya tidak mahu Farah merasa terpaksa ke kedai semata2 untuk menyambut saya (saya dah maklumkan kepada Farah saya mungkin tidak akan membuat belian pada hari itu). Lagipula, kami juga sesat dan keadaan ini membuatkan saya mengajak untuk pulang ke rumahnya semula.

Setelah berehat sejam dua, suami Syuhairah pun dah balik dari kelasnya, saya pun pinjam kereta Kancil diorang untuk penuhkan juga hajat saya. Baikkan Syuhairah, begitu memahami saya..dia pula yang rasa bersalah bila saya tidak dapat ke Shah Alam dan tak dapat tidur di Bangi malam tu. Dapatlah saya beli buku RM 1 sebuah sebanyak ish...rasa banyak puluh buah jugakla untuk anak2 saya. Mereka suka buku cerita dan umi mereka dan abah mereka inilah yang akan didera untuk membacakan ceita untuk mereka.

Mmmm...baru dua malam satu hari saya di sana, saya dihimpit tekanan. Saya sesak di tengahnya dan sesat pula di dalamnya. Kerana itu saya kata KL tidak lagi mesra. Bangunan2 macam IJN telah berubah bentuk, juga banyak bangunan baru yang dengan gah berdiri. Namun masih ada padang tempat kami melintas dari kolej kami menuju ke Fakulti tempat kami menambah ilmu. Juga kawasan parking dalam hospital yang telah di swastakan. Tak apalah kalau KL tidak mesra sekalipun kerana ntah tahun bila lagi saya akan menghadap kesombongan itu.

Dan tadi Oyin, junior febret saya di UKM dulu turut serta untuk menghantar saya sampai Asmaa' nyaris terkepit bila pintu bas nak tutup. Manakan tak, ralit sangat menyembang sampai tak sedar rupanya bas dah nak jalan sedangkan kami tak naik lagi. Tapi Oyin, K.Pija tak abis belasah awak lagi. Boleh tak datang ke Parit Buntar untuk dibelasah? He he...

Oh Ya, mcm mana ayat2 saya dalam entry saya kali ini? Adakah sedikit sastera atau anda rasa biasa sahaja? Tolonglah komen....kerana saya mahu tahu. Kerana sepanjang perjalanan di KL tadi, saya telah menghabiskan membaca novel Bulan Berbisik oleh Samsiah Mohd Nor. Masa saya mula2 mahu membawa buku itu, adik saya bgtau buku itu tak best.

Saya tak cepat percaya dan saya pun pelik kenapa. Rupanya, watak Khadijah itu mungkin tidak sama dengan saya, tapi apa yang dia alami dalam hidupnya adalah seperti yang saya alami sepanjang hidup saya selepas memasuki alam rumahtangga. Jika anda membacanya, berikan saya sepuluh soalan yang memerlukan saya jawab ya atau tidak tentang pengalaman hidup saya itu (saya akan menjawab dengan jujur namun tidak ada perincian untuk soalan tu akan saya berikan). Jika 7 dari sepuluh jawapan itu saya jawab dengan jawapan YA dan ia sangat bersangkutan dengan novel itu, maka anda adalah seorang yang pandai meneka. Saya akan menghadiahkan anda dengan buku yang saya tulis yang tak seberapa (Manual Kerja Super Suami dan Manual Kerja Super Isteri). He he.....
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!