Sunday, May 24, 2009

Multi-language


Bismillah,
Dengar anak speaking London skang ni bagaikan menjadi satu kebanggaan kepada mak ayah. Jujur saya seronok tgk anak Faraizura speaking dgn papa dia dalam FB dia. pss...Izue, aku suka neh tgk Adam & skang aku tgh dalam cubaan utk bgtau dunia tentangnya. Hihi...Terbaru K.yong juga sekali lagi terfikir2 bagaimanakah utk meningkatkan lagi kebolehan mengamalkan pelbagai bahasa kepada anak2.

Baru2 ini saya telah ke KL dan kebetulan di sana saya menyebut 'yamin' yang merujuk tangan kanan kepada anak saya di depan sahabat baik saya. Saya melihat wajah terkujat Syuhairah tapi sebelum dia salah faham, saya kata, kalau dalam B.Arab, anak saya hanya tahu 'yamin' dan 'syimal' iaitu kanan dan kiri. Saya rasa Syuhairah pastilah kagum saya berbahasa Arab so tu pasal saya bgtau dia sebegitu supaya dia tidak rasa kami bagus dalam mengamalkan multi language.

Saya sejujurnya malu untuk speaking London depan suami saya. Apatah lagi bila di depan sanak-saudara, juga malu jika berdepan dengan sahabat handai yang mungkin akan menangkap my broken language ini. Tapi bila saya bersama2 dgn budak2 ni saya akan sedaya upaya utk speaking jugaklah dan diorang yang peliknya mcm faham aje. Pelik kan?? Pelik la sbb diorang faham.

Sebenarnya benda mcm tu tak pelik pun. Sebab memang otak ni telah ALLAH jadikan dengan penuh keajaiban. Mungkin melampau kalau saya samakan kes kita dengan anak2 kita tapi let say kita sendiri baca atau dengar bahasa lain (kalau saya mungkin Bahasa Arab), jika saya tahu satu dua perkataan daripada 5 perkataan dalam satu ayat, maka saya mungkin boleh teka apa maksud baki 3 perkataan yang saya tak tau maksud jika tak dibacakan dalam bentuk ayat. (psss...korunk faham tak neh??)


Ada sesetengah ibubapa mungkin akan risau mana lah tahu anak dia keliru bila kita menggunakan banyak bahasa. Maklum saja lah sedangkan bila kita guna satu bahasa je pun punyalah susahnya budak2 ni nak faham, apatah pulak kalau umi guna BI, abah guna Arabic (dapatku bayangkan Asmaa' & Usamah tersengih2 bila dengar umi speaking).


Sebenarnya yang penting adalah keyakinan dalam diri kita sebagai ibubapa. Yakinlah diorang akan fahham apa yang kita cakap walau dalam bahasa apa sekalipun. Cuma mungkin akan sampai satu tahap dimana dia sedar yang dia tahu dua perkataan untuk sesuatu benda. Sebagai contohnya Uwaiys saya, dengan saya dia kata nak 'pee pee' tp dgn abah dia, dia sebut nak 'kencing'.


Haa...time ni dia akan keliru sekejap tapi sekejap aje. Sekarang saya tgh selak2 buku diorang utk cari buku2 yang ada mcm ciri2 flash card so saya dapat ajar diorang lebih banyak vocab lagi. Abah diorang pun dah terdengar2 cuba utk ajar anak 'part of their body in Arabic' (suami ku amat memahami hasrat ku tau...)


Selepas pada kita ajar diorang vocabulary in English, Malay dan Arabic, bolehlah pula kita combinekan perkataan2 itu menjadi ayat. Tidak dinafikan grammar bahasa memasing memanglah banyak bezanya. Tapi kita masih tidak perlu bimbang kerana otak magic anak2 kita akan recover hal tu lama-kelamaannya.


Seperti yang dibincangkan kakyong dalam topik ini berserta dengan komen2nya. Tak ada apa yang perlu kita bimbangkan untuk melatih anak2 utk mempelbagaikan bahasa. Juga jangan pernah merasa terlewat kerana kita dulu pun (saya lah...orang lain saya tak taww) start mempelajari bahasa Inggeris semasa darjah 1 dan bahasa Arab semasa tingkatan 1 tapi alhamdulillah, takle sampai tahap fail walaupun tak score kan. Hihi...


So, tekanlah topik kakyong tadi untuk lihat komen sokongan tentang multi language. Jangan lupa juga memberi motivasi kepada anak2 supaya mereka menjadi pandai. Saya sedang cuba utk membetulkan slanga saya dalam English dan sambil2 tumpang belajar semula Bahasa Arab dari abah diorang.


Saya juga nak tumpang share satu program yang akan dijalankan di area Shah Alam iaitu "English Playshop For Ladies"




PENGUMUMAN PENTING
Pihak SARA KIDS dengan berbesar hati menjemput anda semua menghadiri “English Playshop For Ladies” yang akan dikendalikan oleh English coach yang terkenal, Miss Rasheedah atau CoachSha dari Coachingzone. Berikut adalah maklumat lanjut:
Dalam Program Sehari bersama CoachSha & Coaching zone crew, para peserta akan:



  • faham faktor yang membantu seseorang mahir menangkap bahasa kedua/asing

  • mendalami konsep baru belajar bahasa - Wrestling With English (WWE)

  • mendapat strategi yang SIMPLE & SPECIFIC untuk terus berinteraksi walaupun idea dan vocab ‘tersangkut’..err..mm..aaa..

  • mendapat pendedahan bagaimana meningkatkan penguasaan vocab 4-5 kali lebih pantas

  • tahu cara mendengar yang betul untuk fasih berbahasa Inggeris

  • berlatih untuk SPEAK with STYLE…dan banyak lagi.

Para peserta akan membawa pulang:



  • Modul lengkap EPL (English Playshop for Ladies)

  • Percuma! Satu audio CD “English Sure Boleh!” bernilai RM19.90

  • Bonus! Buku Saku Word Games & Puzzles

  • Eksklusif! Tiket Percuma ke Annual Gathering of EPL Sisterhood

  • Dan…peluang keemasan untuk menjalin networking bersama para pendidik, usahawan dan ibu-ibu dari pelbagai bidang dan kerjaya!

Tempat: Butik SARA KIDS, 42-1, 1st Floor, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, 40150, Shah Alam,
Selangor
tarikh: 31st May 2009
Masa:10.00 am - 12 pm
Bayaran: RM
60/individu


Kedatangan mama adalah dialu-alu kan. Marilah kita sama2 wrestle dgn English! Email penyertaan anda ke sarakidsboutique@gmail.com atau hubungi Cik Leeya (012-2742376). Inilah peluang nak bercakap dgn anak dengan ’simple english’ dan tak perlu rasa mcm “mama salah cakap la….” believe me!


Mmm...rasanya saya tak sempat untuk turut serta melainkan tiba2 saya muncul di sana. Sekadar berkongsi sahaja. MMmm...kakyong, takleh ke kita panggil coachsha datang buat EPL kat sini ek?? kiki...



Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!