Wednesday, May 06, 2009

Tanggungjawab Ibu Bapa


Bismillah,




Sudah agak lama kan saya tak keluarkan entry yang sebegini? Maaflah kerana membuatkan segelintir mereka rasa frust tgk entry yang tidak bermakna. Mungkin kerana kesibukan atau mungkin kerana kurang bahan tapi yang sebetulnya shaye malas berfikir maka saya tak menulis seperti dahulu kala.


Tetapi sitisifir sebenarnya tetap sitisifir menciknya nama yang kebudak-budakan ini , pada ketika rajin, saya akan menulis juga ingatan buat diri sendiri plus untuk mereka yang sama2 nak tumpang beringat. Manalah tahu, ada yang menjadi manfaat, kan?

Tajuk neh sebenarnya biasa je. Semua orang yang dah kawin dan dah ada anak bukan tak tau apa tanggungjawab memasing kan. Tapi saya saja je nak kepoh mepoh supaya saya boleh periksa balik apa dan dimanakah yang saya berbuat salah. Jadi, bila buat salah tu, boleh la di renovate mana yang patut. Jangan le buat2 tak nampak pulak ye makcik sitisifir.

1. ibu hendaklah memilih calon bapa yang baik dan serasi. Begitu juga sebaliknya. - Oho, masa nak pilih abah diorg tu saya main ikut naluri jek. Rasa2 macam comel je pulak abah diorang tu so kite pun okkey kan aje. Alhamdulillah, kompem OK.

2. membentuk anak sebagai pewaris bangsa yang akan membentuk generasi akan datang yang gemilang.

3. berdoa dan mengikut adab semasa 'berjimak' supaya anak yang dilahirkan berlandas kepada kehendak agama.

4. bersikap positif terhadap kelahiran anak samada lelaki atau perempuan. - Apa nak berkira sangat? Kan lelaki atau perempuan pun itu ALLAH yang tetapkan. Jangan sampai ada yang hentak2 kaki tau sbb frust meninggung sbb baby yang lahir bukan jantina yang anda inginkan. Itu adalah tanda kufur dengan nikmat dan takut anda bentan juga .

5. memberikan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik supaya mereka tidak dihina dan dicela apabila besar kelak. - Korunk, anak2 saye diberi nama Asmaa' (sebagai penghargaan kepada Che yang minatkan karisma Asmaa' Abu Bakar), Usamah (sebagai menyokong Osama Laden dalam usahanya berjuang menentang golongan kuffar), Uwaiys (supaya dia menjadi seperti Uwais AlQarny) dan Arwa (sempena nama ibu saudara Rasulullah). Sangat ringkas dan kami memanggil mereka dengan nama yang kami namakan. Tiada shortform OK...

6. mengakikahkan anak.

7. menyusui anak sendiri. -Owh, sangat frust, umi hanya menyusukan Arwa penuh sedangkan kakak dan abang2nya, perut mereka dipenuhi susu-susu lembu. Maafkan umi kerana tidak mencari ilmu lebih awal.

8. mengkhatankan anak. -Alamak, Usamah sorang belum disunatkan, dah 4 tahun pun dia. Huhu...ciyyan Usamah yang encem.

9. memberikan nafkah yang secukupnya untuk anak-anak.

10. menepati segala janji dengan anak-anak. - Korunk, kalau rasa2 tak boleh nak ditepati, ada baiknya jangan lah berjanji kerana anak2 ni pandai menuntut janji. Jadi, jangan bermain2 dengan janji, sama ada anda berjanji dengan janji yang boleh anda penuhi ataupun jangan sibuk2 nak berjanji ek. Nanti kesian kat budak2. Macam saya di satu hari, sebenarnya tak minat nak bg anak2 makan coklat ke junk food ke, tapi alkisah satu hari Asmaa' & Usamah tanak gi sekolah (alhamdulillah skang dah mudah dikejutkan dan mudah pulak pergi sekolah) dan saya umpan nak bg coklat kalau diorang pergi. Sampai kat depan PASTI, Asmaa' sorang je yang turun dan saya mengugut Usamah yang dia takkan dapat coklat tapi tak jalan daa...so, one day bawa Asmaa' jalan shopping dan dia ternampak coklat. Dia pun ingatkan, "Umi ingat tak Umi nak beli coklat kat kakak kalau kakak pergi sekolah," uhukk....maka terpaksa lah saya belikan untuk dia seorang dan dia dipaksa habiskan coklat tu dalam kereta.

11. memupuk rasa kasih sayang di kalangan anak-anak. -Satu hari, Asmaa' balik umah dan bgtau cikgu nak amik Usamah. Saya teringin nak tau kenapa budak2 ni asyik bgtau cikgu nak amik Usamah. Jadi saya tanyakan cikgu diorang dan dengan ketawa diorang bgtau diorang usik dua beradik ni sbb diorang ni terlampau kamceng. Ada pasangan adik beradik dalam PASTI yang sama tapi diorang suka gaduh tetapi Usamah dengan Asmaa' tak gaduh. Umi dia apa lagi...kembang berbunga lah kan sbb anak2 pandai cover line kat luar rumah padahal kat umah diorang ada lak jugak time2 nye bercakar.

12. menepati segala janji dengan anak-anak. (apsal ada pengulangan neh??)

13. menghormati hak anak-anak dengan tidak membatasi hak ibu bapa sendiri. - Korunk, saya faham, tidak semua hak anak dapat kita penuhi dengan sempurna. Sebagai contoh, anak2 ni kadang2 dia menunjuk2 kepada buku dengan perasaan ingin tahu apakah itu di dalam buku itu. Sebagai mak bapak memanglah kita patut sangat memenuhi perasaan ingin tahu mereka itu tetapi sebagai orang yang mengantuk, anda juga perlu tidur especially anak anda menunjukkan buku itu pukul 1 pagi. Ha ha... Korunk, pernah tak korunk tertidur ketika membacakan bed time story untuk anak2 korunk?? SAYA PERNAH!!! He he...

14. mendidik akhlak anak-anak ke arah kecemerlangan. - Satu hari Asmaa' kata, "Umi, kakak tanak pandailah." Aiiyyoo, apsal ni kakak? Rupanya dia telah memahami keadaan seperti ini. Untuk pandai, dia perlu dimarah2 dulu. Sape yang ajar? Umi dia la...Mcm mana umi dia ajar? Bila dia buat salah, umi dia pun marah2. Bila umi marah, dia pun tanya kenapa umi marah? Bila umi jawab, umi nak suruh kakak pandai, tu sbb umi marah bila kakak buat salah, dia dengan senangnya, kalau macam tu kakak takmau pandai lah. Huk hukkkk....

15. menanam akidah tauhid dalam diri anak-anak. Tanamkan kecintaan kepada Allah S.W.T., Rasullullah S.A.W. dan keluarga baginda. - Saya mengumpan anak2 saya dengan pahala dari ALLAH SWT jika mereka membantu saya. Asmaa' & Usamah selalu tanya "Abe dapat pahala banyak kan umi?" selepas diorang menolong saya. He he...diorang ni comel kan?

16. melatih dan membimbing anak-anak menunaikan solat dan tuntutan agama yang lainnya. -belikan mereka telekung murah pun takpe dan kopiah dan bentangkan sejadah untuk sesi solat bersama2. Ini akan menaikkan semangat mereka.

17. bertindak adil terhadap sesama anak-anak. -Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jadi, banyak segi untuk kita perati balik. Dari segi pakaian, jangan dipakaikan anak lelaki dengan pakaian anak perempuan. Tapi kalau bab untuk dapat tugasan, saya selalu bagi tugasan yang sama. Kalau Asmaa' kene kemas pensil yang berselerak, mana boleh Usamah duduk saja2, kan?

18. mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan. -Buat masa ni, sebab umur diorang masih lagi bawah 5 tahun, semua tidur sekali dengan umi dengan abah lagi. Insya ALLAH ada rezeki lebih, kita buat bilik untuk asingkan anak2 ye.

19. memastikan anak-anak bergaul dengan orang yang baik-baik. -Mmm...dkt sekolah dia akan berkawan, bila dia balik, mereka akan bercerita. Time tu kita kena counterback apa yang diorang kata. Jangan buat derk je dengan 'ha' kan aje apa diorang kata. Fikir semula apa yang diorang cerita.

20. mengajar anak membaca al-Quran, berzikir dan cintakan ilmu. -Saya recommend Al-Furqan. Saya tak try utk diorang masa 3 tahun, tapi 4 tahun cukup cepat penerimaan Usamah. Sorry Asmaa' Umi lambat ajar kakak. Untuk berzikir, abah dah sound umi nyanyi lagu 'Bapaku pulang dari kota'. Dia bgtau anak2 baik nyanyi zikir 'Subhanallah, walhamdulillah, ... dan selepas kami berzikir ramai2, Uwaiys akan kata, "Ngaji lagi" dan dia takkan boring suruh orang berzikir esp atas kereta.

21. menerangkan kepada anak-anak tentang halal haram dan baik buruk sesuatu perkara. -Diorang akan bertanya, "Kenapa umi?" kalau kita bgtau benda gini tak baik buat, benda gitu tak elok buat. Jawablah...anak2 macam span, dia akan absorb dengan cepat.

22. tidak memewahkan anak-anak supaya mereka belajar erti kehidupan yang sebenar. -Saya bukan tidak memewahkan anak2 tetapi saya benar2 masih belum berkemampuan. Tetapi ketidakmampuan ini telah membuatkan mereka masih belum mengenali kemewahan.

23. mendidik anak supaya mereka tidak mengganggu di waktu aurat iaitu subuh, tengahari dan selepas Isyak melainkan untuk tujuan kecemasan dan penting.

24. melatih dan menggalakkan anak-anak beriadah untuk kesihatan fizikal dan mental. -belilah bola dan cari tempat yang lapang untuk diorang main. Atau bawa diorang ke taman. Sambil2 diorang berlari2, kita pun akan tumpang2 berlari mengejar mereka dan menyambut mereka kalau mereka nak jatuh. Safety first tau!!!

25. menghormati anak-anak seperti mana kita mahu mereka menghormati kita. -Diorang anak kita, bukan anak kucing. Harap maklum.

26. menghiburkan keluarga. -Korunk, saya sedang terbayang aksi lucu abah diorang. Saya tak pandai nak buat macam tu dan skang saya terfikir, saya hiburkan anak2 saya dengan apa ya?

27. mencegah pergaulan bebas supaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. -Anak2 umi masih belum didedahkan dengan dunia luar. Jadi umi tak tau macam mana nanti umi nak ajar anak2 tentang pergaulan ni. Cuma skang Asmaa' dah lekat dengan tudungnya. Dia akan menangis2 kalau tak jumpa tudung untuk keluar rumah menandakan dia tak boleh keluar tanpa tudungnya. Mmm...sayangilah anak anda dengan mengajar mereka menutup aurat.

28. membimbing anak-anak bertakwa.

29. memastikan anak-anak tidak terdedah kepada perkara-perkara lucah.

30. memastikan keselamatan anak-anak setiap masa dan di mana jua.

31. memperkenalkan anak-anak kepada sanak saudara samada yang jauh mahupun yang dekat. -ajar mereka bersalam cubit mereka kalau taknak bersalam dengan orang . Kadang2 anak saya terlampau mesra dengan tetamu macam Usamah boleh nak tido dengan Oyin masa Oyin datang umah aritu. Tak ke sabar??

32. mendidik anak tentang etika sosial.

33. mengahwinkan mereka dengan pasangan yang baik agamanya. -Ehehe...malu lak.

34. bersabar dan menerima ketika kematian anak.

35. mendidik anak sayangkan binatang dan makhluk Allah S.W.T. yang lainnya. -Iyya, diorang ni sangat sayangkan ayam2 sampai asyik nak duduk dalam makmal ayam diorang ni je. Mula2 ayam ni ada dalam umah dulu, bangun pagi2 lagi dah nangis depan pintu lab tu nak nengok ayam. Sabau...sabau!!

36. menegakkan amal makruf dan nahi mungkar dalam rumah tangga.

37. mewasiatkan iman dan takwa kepada anak-anak.

38. sentiasa mendoakan anak-anak khususnya di saat-saat mustajab.

39. sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T.

Pohon maaf kerana sumber asal artikel ini tidaklah saya ketahui dimana. Jangan bimbang tuan punya asal, saya tidak mengkomersialkan karya anda. Saya sekadar memanjangkan ilmu sahaja.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!