Wednesday, August 12, 2009

Memujuk Suami Merajuk


Bismillah,

Lelaki merajuk??Yeww..tak kuasakan dengar tapi bila anda dah kawin, barulah anda tahu rupanya encik suami kita memang manja betul. Malah manjanya itu membuatkan kita tak rasa pelik pun kalau dia merajuk.

Sebenarnya merajuk sinonim dengan kaum wanita. Cepat angkat tangan siapa yang sll merajuk? Mmm..saya malas nak angkat tangan sebab saya maslan nak merajuk. Sebabnya kalau saya merajuk pun dari kecil-kecilan lagi saya sejuk sendiri.

Kat sini saya nak ajak kawan2 sembang pasal SUAMI MERAJUK. Bagi sesetengah isteri (macam masa saya mula2 kawen dulu) bila suami merajuk mulalah haru biru dunia jadinya. rasa menyesal ada, takut ada, kelakar pun ada. Tapi skang dah rilek dah...ha ha...

Mana tak kelakar, suami kita dalam figur orang yang macho tapi ada pulak boleh merajuk. Sungguh tak seswai sekali. tapi cubalah kita faham, orang lelaki pun macam kita juga, Ada la time2 dia merajuk dan nak isteri pujuk. Kita pun, tak bolehlah ego sangat, sesekali bagi mukalah sikit pada encik room mate kan. Pujuk memujuk kan membawa bahagia...

So, apa agaknya yang mesti kita buat kalau suami merajuk?
  • Adalah hikmahnya tu kenapa dia merajuk. ALLAH tak jadikan sesuatu tu dengan sia2 even sekalipun perkara itu adalah suami merajuk. Manalah tau kita belajar sesuatu tentang suami kita masa tu?
  • Biar dia lepaskan rajuknya mengikut cara dia. Ada lelaki suka diam. Tapi ada juga yang suka berkata2 laser fire semua keluar tapi jangan bimbang, selalunya kejap je. Dan jangan lawan, senyap aje...kalau lawan, tu baru akan tercetus perang periuk pinggan terbang tu..
  • Mengalah sikit. Saya selalu tekankan tentang mengalah sekejap suapaya kemudiannya kita menang besar. Kadang kala kita rasa kita tak salah pun tapi dia pulak yang merajuk. Kalau time macam ni kita pun sibuk2 nak merajuk, alamatnya panjang la perang tu kang. Kalau saya sendiri, memang sllnya saya yang akan mulakan bercakap. Kalau takde respon pun saya senyap je walau dalam hati ada dialog berbunyi 'ek ele jual mahal'. Kemudian bila timing dia dah OK semula, ejaslah sekali lagi.
  • Bila suami pulak try nak 'ejas' kita atau nak tackle kita balik, jangan pulak buat bo layan. Bagi le reaksi positif. Senyum2 ke, sentuh2 sikit ke..Buat2 lupa apa yang dia laser kita baru2 ni.
  • Jangan lama sangat biar dia merajuk. 3 hari tu bagi saya dah lama gila...ha ha kalau laki saya merajuk alamatnya jenuh la saya keje sorang2 dalam rumah so saya rasa takde pekdah aa kalau tak dipujuk...at least ada jugak kawan nak borak :P
  • Doalah semoga ALLAH jauhkan rasa yang tak enak antara kita suami isteri.
Mmm...saya tinggalkan anda dengan dua ayat Al Quran untuk difikir3kan...

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Surah Al-Baqarah, Ayat 228


1 comment:

  1. lakia ku silap sikti jer majuk.
    dulu aku pun ikut sentap
    la ni?!
    lantak kau la!!

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!