Tuesday, August 04, 2009

Patuhi Syarat Untuk Menang


Bismillah,

He he...maafkan entry saya kali ini. Ini adalah entry frust sbb tak dapat CD free :P Mesti ada yang perasan saya ada masuk MamaPayish punya contest beberapa lama dahulu. Resultnya dah keluar...dan saya ucapkan tahniah buat yang menang. Yang bestnya saya nak tulis kat sini saya nak amik quote sikit apa MamaPayish tulis dalam pengumuman dia.

Abah payish mengambil masa lebih sejam utk memilih pemenang. Kesian mama nengok dia kebuntuan utk memilih. Ini krn setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing. Utk pengetahuan semua, abah payish mmg seorg yg amat teliti & cerewet dalam hasil kerja berkaitan kesenian nie, hu3...

Dalam byk2 blog, ada satu blog yg abah payish puji krn mempunyai isi yg padat & cemerlang, ttp gambar yg disertakan tdk menepati format krn tiada dialog disertakan.

Uwaaa...cuba korang lihat gambar para peserta dan perasankah ada satu je penyertaan yang tak ikut syarat...


Arwa, nape Arwa tak boh dialog sayang? Kalau tak ntah2 CD tu Payish boleh bagi kat Arwa. Rupanya, umi mu yang kelam kelibot ini tak patuhi syarat ini :

4) Sila buat special entry contest ini dan upload 1 keping gambar baby anda sedang memakai cloth diaper (any brand) beserta dialog anak anda bergaya dengan CD yg dipakai.Pada gambar tersebut sila nyatakan:
- Nama anak (full/nick name)
- Umur anak

Uhukk...nasi sudah menjadi bubur...apo nak buek...

Anyway, pada yang nak mulakan CD, apa kata terjah blog MamaPayish.

Pengumuman penuh MamaPayish boleh dibaca di link ini. Tahniah buat para pemenang. Arwa redha aje, menang kalah adat pertandingan :) Entry ini bukan menunjukkan rasa tidak puas hati tetapi sebagai pengajaran kalau kita masuk pertandingan bahas dan bahas kita sebenarnya baik tapi kalau tersalah tajuk tak ada gunanya. Ha ha......
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!