Sunday, October 18, 2009

Bertukar Working Place


Bismillah,

Semalam saya dah announce di FB yang saya dah pindahkan komputer masuk ke dalam bilik. Owh, saya sangat suka ini littlegirlemoticonkerana seblom ni komputer ni ada di bawah (dalam kedai) makanya saya hanya dapat online sekejap2 sahaja. Memang saya kerap turun tapi kebanyakan masa, saya akan turun untuk order lens, ada customer atau dah takde keje sangat dah nak buat kat atas.

Sejak raya aritu, saya mula mengambil inisiatif dengan cuba menjadi seorang ibu yang lebih profesional. Ini bermakna, saya akan cuba menjadikan rumah yang tak seberapa ni menjadi tempat yang paling selesa buat kami suami isteri dan anak-anaklittlegirlemoticon. Untuk melakukan perubahan ni, saya telah beli dua almari plastik (satu darinya dah koyak okeh...ada budak kicik suka masuk dalam tu).littlegirlemoticon

Setelah mengalihkan baju2 licin Asmaa' dan Arwa, saya alihkan pula buku2 mereka ke dalam rak baju itulittlegirlemoticon. Okeh sekarang mereka dah ada meja yang kosong dan bolehlah mereka latam segala apa yang mereka nak latam atas meja tu. Sebagai permulaan, saya pergi ke rumah mak saya dan korek buku lama adik saya.

Adik saya ni rajin beli buku tapi saya tengok banyak yang dia tak guna pon. Setelah minta izin maka sekotak lebih jugalah 'sampai terpakai' saya amik dari sana. Sekarang anak2 saya ada kertas untuk menconteng. Orang yang paling berubah sekali ada Usamah. Dia tiba2 dapat menulis huruf walaupun semuanya terbaliklittlegirlemoticon...ehehe...takpe, umi belum jadi cikgu lagik.

Saya juga tekankan kepada anak2, jangan sepah barang2. Kalau ada sampah, cepat2 masukkan dalam tong sampah yang comellittlegirlemoticon. Tong sampah yang saya bagi itu adalah hadiah hepi besday saya masa final year di UKM dari Oyeen Comel. Oyeen, tolong maklum, tong sampah itu masih berfungsi dengan baik walaupun selepas 7 tahun di tangan k.Pija (cuma semalam Uwaiys nak muntah, terpaksa tadah dengan tong tu sbb tak ready bekas mcm selalu)

Hasil sampah yang dikutip setiap hari adalah seplastik shopping setiap hari. Ada yang diorang buat origami, ada yang melukis, ada yang menulis. Sabo aje lah...kalau mcm ni lepas ni umi kena pegi bertenggek umah sape pulak nak cari kertas terpakai. Untuk melengkapkan lagi misi ini, saya kini mengalihkan komputer dari bawah ke atas.

Seblom alihkan saya dah tukar modem Streamyx ni kepada yang wireless punya. Owh, sangatlah hepi mepinya. Sebab lepas ni staff saya yang selalu bawa laptop bolehlah gunakan internet jugak. So, merea tak lah boring. Lepas ni kerja2 pendokumenans akan beralih ke komputer dia...sori As, takpe, k.Pija belanja setahun Karsperksky na....

Kebaikan lain mengalih komputer ke bilik ku :
  • Lebih masa dengan anak, so that bila nak blogging tak perlu tinggal anak2 layan diri di atas
  • Lebih masa dengan bapak nye...seblom ni dia pun sll bertepek di bawah untuk layan F1, FB, forum dan berita.
  • Kalau umi turun bawah pun, dah habis keje umi akan naik atas segera.
  • Jadual yang umi buat sebelum ni, insya ALLAH akan bermula esok penguatkuasaannya. Seblom ni terpaksa ikut prinsip 'buat yang mana dan aje'
  • Boleh pantau rancangan TV anak2.
  • Boleh beli CD yang ada education atau buka yang online punya education
  • Boleh layan drama yang daku ketinggalan secara online
  • Boleh buat lebih blogwalking
  • Takdelah daku boring sangat masa dalam pantang nanti. Ngeh hehe....Kalau ko bentan tatau aaa
  • Takdelah anak terjerit2 kat pintu tiap kali nak minta susu bila umi dengan abah dok kat bawah
TAPI...ini amaran keras untuk diri sendrik :
  • Jangan ralit sangat sampai masak pun tak
  • Jangan tidur lambat semata2 nak layan internet
  • Jangan sampai tak basuh pinggan, sapu sampah dll
  • Jangan hilang keutamaan, yang penting siapkan dahulu
Buat permulaan ini, kena biasakan anak2 yang tak biasa tengok komputer dalam rumah. Seblom ni diorang bukan tak tengok komputer ni di bawah. Tapi Uwaiys pulak jumpa butang buka tutup tempat letak CD ni...adeih la, tak sudah2 rasa nak jentik tangan dia taulittlegirlemoticon...Biasalah benda baru, selalunya macam itulah.

Mmm....saya rasa perubahan ni bawa satu makna besar dalam hidup saya. Mudah2an ALLAH mudahkan niat saya..amin Ya Rabb

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!