Wednesday, October 21, 2009

Cara Terbaik Menyampaikan Keluhan


(betulkan grammarnya sendrik ek...)
Bismillah,

Tika saya menulis ini ialah petang. Selepas selesai solat Asar dan anak2 semua dah mengadap makanan masing2. Sekarang masa mereka melayan kartun. Sepatutnya, mereka sedang mewarna dan saya akan tunjukkan cara mewarna dengan baik. Owh, saya tak pernah menang pertandingan dewasa...ini hanyalah menandakan skil orang dewasa mungkin melebihi skil kanak-kanak.

Kenapa saya tekankan mereka mewarna? Saya tak mengkaji secara saintifik dan juga tidak pernah berjumpa dengan sebarang hasil kajian tentang ini. Tetapi saya hairan kenapa kaum Cina menghantar anak mereka ke kelas seni? Adakah kalian juga terfikir tentangnya?? HAsil dari memberi kertas dan pensil warna, Asmaa' kini tidak terpisah dengan pensil warna dan kertas.

Dia tidak hanya mewarna, tapi kini dia telah mula melukis lebih dari yang uminya tahu melukis. Malah dia sudah mula mahu melukis seperti apa yang dia lihat di kaca TV. Usamah juga kini sudah beralih dari menconteng kepada menulis huruf dan nombor. Walaupun tulisannya masih penuh vibration namun bagi saya itu sudah cukup baik untuk seorang budak berusia 4 tahun. Uwaiys dan Arwa pula sekarang baru aje berjinak2 dengan pensil warna dan krayon. Tapi banyak juga hasil mural diorang di rumah kami :P

So sekarang saya ingin pulak bersembang tentang suatu realiti kehidupan. Jika kita perhatikan betul2, orang lelaki suka berbincang tentang perkara yang logik, pasal politik, bisnes, kereta, sukan dan benda2 lain yang menunjukkan kejantanannya. Beza dengan perempuan macam saya yang suka sembang tentang anak, gosip, masakan ataupun permasalahan hati.

Jadi kita dah nampak dua insan ini amat berbeza dari segi topik perbualan. Okeh, when its come to nak menyampaikan keluhan, pastilah si isteri yang akan selalunya menyampaikan keluhan kan? Dan sebab lelaki itu suka tunjukkan kejantanannya, dia pun konon2 cuba nak tunjukkan jalan penyelesaian kan? Dekat sinilah yang selalunya pasangan suami isteri mula bergaduh.

Mcm mana tak bergaduh kan, lepas je ngadu itu ini, dan si suami lak cuba utk menyatakan sesuatu konon2 untuk tolong menyelesaikan masalah, tiba2 si isteri kata, "Awak tak faham....". Yang suami lak bengang lah pulak dah dia penat2 tolong alih2 isteri dia boleh kata dia tak faham??

Kadang2, isteri yang mengadu tu bukannya nak mintak pendapatpun. Dia hanya perlu bercerita untuk melapangkan fikirannya. Tambah pulak dalam fikiran dia, dia dah ada cara nak selesaikan cuma nak lepaskan geram aje. Alih2, masa ngadu kat suami, suami dia pun bagi jalan lain....hihi.. Kemungkinan ini akan menyebabkan isteri itu tadi hanya tambah kecewa saja.

Okeh, dalam hal ini, saya mahu ajak kawan2 yang selalu ada masalah ni, cuba mulakan mengadu dengan ayat, "Abang...abang tolong dengar aje. Saya betul2 nak bercakap dan takmo dengar orang cakap :P kecuali saya mintak abang berkata sesuatu" Ngihihihi.....musti suami kalian akan punin jika kalian menggunakan ayat drama sandiwara semasa ini...

Katalah sesuatu supaya suami anda faham yang anda hanya akan lega jika dia tolong dengar. Yaa....its better ur wife talk to you or else she will find somebody else to talk. So, jika ada encik somi yang membaca my babbling ni...apa yang incik2 perlu lakukan adalah :
  • Peluk bahu dia
  • Gosok belakang dia kalu dia nangis
  • Peluk dia
Ye, sila pilih salah satu yang seswai dengan situasi okeh tapi 3 kelakuan kat atas itu ibaratnya dadah buat penagih (attention : isteri anda bukan penagih dadah okeh!!! Ini andaian ajooo). Dan yang last sekali yang perlu dilakukan sebagai menghargai telinga suami puan2 adalah, saaaaayyyyyy tenkiu Ilebbyuu...

Mmm...life is not complicated actually (if only we simplify it....)


Buat my dear husband, U r my best shoulder to cry on...thanks for the support kandos....


Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!