Thursday, October 22, 2009

Jangan Buang Benih Wang


Bismillah,

Saya bukanlah orang yang patut untuk bicara tentang pengurusan kewangan ni. Ini adalah kerana saya adalah orang yang masih di tahap 'cukup makan'. Tapi saya cukup suka bila sampai masa saya boleh gunakan benih wang yang saya maksudkan ini. Seorang pengurus kewangan menyatakan duit RM 1 adalah benih wang.

Kenapa RM 1 ini dikatakan sebagai benih wang? Ini adalah kerana tanpa RM 1, RM 999 tidak akan menjadi RM 1000. Dan apabila kita katakan RM 1 ini sebagai benih, maka selalunya dari benih inilah yang akan kita gunakan sehingga ia membiak menjadi pokok.

Bagi diri saya pula, benih wang saya hanyalah duit syiling sahaja. Pantang ada duit syiling yang saya dapati selepas membeli keperluan dapur, saya akan simpankannya dalam tabung. Apabila tabungan itu penuh, maka ada beberapa pilihan pula buat saya. Sama ada saya gunakannya untuk kebaikan anak2 atau saya tebalkan muka pergi ke bank dan biar pegawai bank itu masukkan ke dalam mesin mengira syiling sehingga satu bank tengok kat saya sebab bawak duit syiling untuk bank in.

Namun antara dua pilihan itu, saya lebih gemar meletakkannya ke dalam bank simpanan Pewani Bank Islam saya. Bukan apa, akaun ini menghadkan jumlah yang saya boleh keluarkan. Pengeluarannya pula hanya boleh dilakukan sebulan sekali sahaja. Maka saya betul2 pejam mata dari melihat nilai di dalamnya.

Pun begitu, adalah amat memuaskan hati andai saya dapat belikan sesuatu kepada anak2. Seperti baru2 ini saya beli dua almari plastik. Ia bukan hanya menyediakan ruang untuk meletakkan buku untuk anak2, kini saya punya lebih masa dengan mereka kerana jumlah kain yang perlu dilipat hanya sedikit sahaja. Malah sekalipun jika saya tidak melipatnya seminggu, kain yang tidak dilipat masih tidak memenuhi satu raga. Memang berbaloi....

Saya juga menyediakan satu senarai apa yang saya teringin beli yang jumlahnya di bawah RM 100. Setiap kali jumlah duit syiling ini dikumpulkan, saya akan beli mengikut keutamaan. Saya amat menyukai tabiat ini malah kini suami saya juga akan turut mengeluarkan syiling dari koceknya untuk dikumpulkan sama2.

Jika menurut pengurus kewangan, pastilah mereka akan nasihatkan saya untuk melaburkan duit ini ke situ dan ke sana tetapi saya memilih untuk terus begini. Mungkin bagi sesetengah orang tindakan saya ini kurang bijak namun saya sukakan produk yang jelas halal dan haramnya. Saya susah untuk memahami term2 di dalam ekonomi maka jika ada yang datang untuk promote itu ini kepada saya, saya akan terus2an buat muka blurr...Bukan sengaja, tapi saya memang blurr.

Bagaimana benih wang untuk anak2 saya pula? Sebenarnya saya selalu ceritakan ini tetapi tak apalah, biar saya ulang lagi. Saya akan bank in RM 10 untuk anak yang berumur setahun. Sehinggalah mereka berusia dua tahun, nilai itu akan saya naikkan kepada RM 20 sebulan. Begitulah seterusnya sehingga kini, saya masih belum putuskan berapakah nilai maksimum yang akan saya bank in untuk mereka.

Jumlah ini selalunya saya akan bank in pada tarikh hari jadi mereka, andai mereka lahir pada 6hb, maka setiap bulan saya akan bank ini mengikut nilai umur mereka. Saya tidak menunggu sehingga hujung bulan untuk bank in. Bukan apa, saya bimbang bila saya jumlahkan semuanya, saya sendiri yang akan pening kalau2 jumlahnya banyak. He he....

Cara2 yang saya nyatakan di atas tidak menyeksakan saya. Jadi, untuk itu saya berkongsi dengan kawan2...jika anda pula, berapakah nilai benih wang anda??
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!