Thursday, October 22, 2009

Menjenguk Si Dia Di Dalam Kandungan

Bismillah,


Seminggu yang lalu, saya beria2 mahu melihat ini. Apatah lagi bila di dalam FB sana sini orang akan komen dan beritahu mereka menangis melihatnya. Saya ingin melihatnya bukan kerana apa, saya mahu tahu kenapa mereka menangis. Kini, saya juga berlinang air mata. Bukan apa, memori melahirkan keempat2 anak saya datang dengan tiba2. Saya juga jadi rindu untuk melihat anak yang sedang saya kandung ini...

Walaupun sakit yang saya rasakan itu tidaklah seperti sesetengah yang lain sehingga 12 jam atau mungkin lebih untuk melahirkan, namun satu dua jam yang saya lalui selepas datang tanda melahirkan itu tetap sakit. Tidak bermaksud mahu mengungkit kesakitan ini buat anak2, sekadar mahu mereka memahami bahawa saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka.

Juga saya terkenang2 bagaimana pula mak saya membesarkan saya. Menatang saya seorang sehingga saya berumur 4 tahun sebelum saya mendapat adik. Kini saya akan merasakan luka yang mak saya tanggung jika saya atau adik2 saya memberi rasa luka itu kepada mak saya. Semoga, kita semua dapat menghayati kebesaran ALLAH ini kerana apa yang ada di dalam kandungan ini semuanya adalah dalam perlindungan ALLAH....

Kredit buat Farah Sarakids...saya dah lama merayu2 dalam FB minta orang bg link youtube tapi tak dapat...
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!