Tuesday, October 20, 2009

Primary Games



Bismillah,

Semenjak komputer dinaikkan ke atas ni, saya rasa lebih selesa...bukan hape...boleh control semak. Kalau diorang buat sepah, on the spot Tarzan akan main peranan. Sampai satu ketika, saya tinggalkan anak2 sekejap pergi masukkan antivirus ke komputer ni, kemudian kebetulan Maksu Dilah diorang datang. Rupa2nya adik2 bertuah dah buka almari plastik umi dan keluarkan semua baju2 yang sangkut di hanger.

Masa Maksu Dilah datang itu, Asmaa' sedang menangis2 sambil mengemas semula baju2 tu sbb takut nnt umi naik, umi akan menyinga...ahahaha....kalau Maksu Dilah takde ni, tatau keadaannya. Means dalam diri Asmaa' dah ada satu setting tentang 'Umi tidak suka berselerak'. Saya tidak peduli akan keikhlasan dia kerana kebanyakan kerja bermula dengan tidak ikhlas dan tidak faham. Insya ALLAH Asmaa' akan semakin memahami tugasan ini.

Pagi ni kengkonon nak buat Kuey Tiow Goreng Kantonis ke hape tapi pasal dia nak guna pati ayam dan kami sekeluarga tak pernah pulak hentam pati ayam, plus tatau ada yang halal atau tak..maka saya buat kuey teow goreng melayu aje lah...ahaha...tapi seronok ye memasak ni, walaupun umi masak tak seberapa dan kene rujuk buku resepi setiap hari, tapi anak2 makan juga. Usamah boleh la sesenduk, Asmaa' ada berbaki sikit. Yang sedapnya jamu Arwa, dia hantam dua senduk. Uwaiys....susah sikit skang ni kene guna teknik pujuk rayu baru nak mamam.

Uh...ini pagi banyak lagi 'things to do' saya yang belum saya buat. Sementara tunggu 'ikan tatau nama apa' tu nyahbeku, saya menaip kejap. Kebetulan pagi ni Arwa & Uwaiys perlu mengaler, maka saya printout gambar apel dari laman ini. Ada banyak lagi gambar tapi saja nak pilih gambar yang perlu sikit saja penggunaan warna...for this apple, mereka akan hanya guna kaler merah dan hijau untuk daunnya. So, nnt idakle bersepah serata alam kaler pensilnya kan. Dan tak delah Tarzan tu membebel2 pasal pensil warna ada merata2.

Untuk lebih aktiviti, sila rujuk ke http://www.primarygames.com . Kalau kejap lagi ni dua kanak2 shantek ni kaler lawa2, saya akan grant mereka dengan menampal gambar mereka ke dinding. Sampai kan sekarang ni, andai aje diorang melukis, mereka akan suruh saya tampal...huhuhu...penuhlah rumah ku dengan lukisan kanak2. Tapi yang ni takleh dilekehkan tau. Kalau kat Australia, lukisan kanak2 ni mereka setem kan. Saya ada beberapa koleksinya...

Mmm...hajatnya nak taip satu tajuk untuk kongsi2 tapi ter over dose pulak sembang pasal aktiviti sendiri ari ni....kalau gini, better petang2 sikitlah saya menaip ya...lagipun tadi dah ada scheduled entry saya yang dah keluar (wekk...macam la ada orang pedulik!!!)

Okeh ini saja kisah syok sendiri dari saya...melaporkan dari Parit Buntar :)

Gambar ini saja saya letak tanpa motif, terkenang2 zaman di Opto UKM ni...mmm...agak2 korang yg mana satu kah saya????
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!