Thursday, October 08, 2009

Tonyoh Susu Pada Satu Jam Pertama Bayi Anda


Bismillah,

Muahahahaha...saja boh tajuk ganas2 supaya anda2 yang baca headline saya itu akan buka dan baca. Terutamanya kepada mak2 mengandung buyung macam I ni kan...

Sebenarnya, yang jadi nk tulis tajuk ini adalah saya jumpa buku cenderamata bonda ku tentang Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2007 (2 tahun sudah lepas tauuu) Negeri Perak. Tema pada tahun itu adalah...

"Penyusuan Susu Ibu : Satu Jam Pertama Menyelamatkan Satu Juta Bayi!!"

See??? Betapa pentingnya satu jam pertama yang mana jika kebanyakan dari ibu2 mengaplikasikannya maka insya ALLAH perkara berikut akan terbela sama :
  • Kesihatan yang baik datang dari antibodi yang mengalir melalui susu ibu
  • Kasih sayang yang terbina antara ibu dengan anak (abah dia nnt tumpang sayang maknye tau pasal save kan bajet susu :P)
Dua item di atas adalah induk yang akan bertindak untuk menyelamatkan lebih ramai bayi dari segi kesihatan dan sahsiah mereka menjelang dewasa kelak.

Penyusuan awal susu ibu mendatangkan kebaikan kepada kedua2 bayi dan ibu kerana :
  • Kolostrum membekalkan nutrien kepada bayi - beberapa titis pun dah cukup ye, sila jangan gubra kalau memang 5-6 titis je yang kluar pada permulaannya sebab kolostrum ini akan menjadi dos imunisasi pertama kepada bayi kita.
  • Tindakan ini membantu dalam penghasilan susu yang mencukupi untuk susuan seterusnya.
  • Ia terhasil akibat tindakan refleks hisapan bayi (baby akan pulun hisap pada satu jam pertamanya)
  • Menghalang ibu tumpah darah (tapi sakit ek dia punya feeling dalam rahim kan?)
  • Sentuhan dari kulit ke kulit adalah amat penting untuk bayi, supaya dia selesa especially baby yang tidak cukup berat dan baby yang tidak cukup bulan
Wah...saya sudah excited untuk menyusukan my next baby...tapi takut nak beranak and opss....tak buat check up lagi weihh... insya ALLAH Isnin ni saya akan pergi buat check up (malehnya nak beratur..........)
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!