Thursday, November 26, 2009

Antara Batu Dan Sabut


Jika diberi pilihan antara batu dan sabut, anda pilih yang mana?

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam... Saya pilih batu, kerana walaupun dia tenggelam dia masih dikatakan untung. Jika dibakar, sabut akan lenyap menjadi abu tetapi batu kekal begitu. Sekalipun dititisi air sehingga berlekuk, batu masih bertahan lama berbanding sabut yang akan mereput menjadi lunyai tidak bermakna. Jika batu dipanas-panas, ia akan panas tapi jika tidak dipanaskan, ia akan sejuk sendiri tetapi jika sabut, menjadi abulah ia.

Jika di dalam air, batu tetap kekal begitu kecuali air yang amat deras melanggarinya, tetapi sabut selalu terumbang-ambing di permukaan tanpa dapat mengemudi diri sendiri.

Itu pilihan saya...pilihan anda bagaimana??

*entry ini adalah khusus untuk menjawab entry Miela yang ini. Dua jawapan paling menarik akan dapat satu Coolababy One Saiz Pocket Diaper Warna Putih dan UK Magic Bio-Tech Herbal Antivirus Formula 5ml
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!