Saturday, November 14, 2009

Belajar & Mengajar Matematik


Bismillah,

Kawan2..saya adalah pencinta Matematik. Tapi semasa saya memasang nekad untuk belajar dalam bidang ini di peringkat universiti, seorang guru lalu memeluk bahu saya dan berkata... "Pija, seeloknya ikut juga nasihat mak awak. Bukan apa, kalau Pija amik bidang ni, nanti akhirnya Pija jadi macam cikgu aje..." Lalu saya balik dan menukar pilihan2 itu kepada pilihan yang cenderung pada pandangan mata ibu saya.

Saya tak menyesal. Tetapi saya terus kemaruk dengan matematik. Sehingga terbawa2 semasa mengandungkan anak2 saya, jika ada kelapangan, saya akan buat latihan matematik tapi itulah...pengetahuan saya hanya di peringkat matematik Tingkatan 5 sahaja. Kadang2 juga, saya akan ajar adik bongsu saya dan ini membantu saya mengasah semula karat2 di kepala saya.

Tapi, saya tau saya garang bila mengajar Maths. Saya rasa matematik boleh dikuasai dengan membanyakkan latihan. Saya dulu asal2 banyak buat latihan pun sbb kawan2 banyak tanya kepada saya. Sehinggalah saya boleh menjawab semua soalan dalam buku especially buku teks. Itu pun tidak mudah juga cuma saya percaya setiap soalan ada jawapannya maka saya akan cari jugak jawapan.

Saya mungkin terlewat sikit mengajar anak saya membaca dan kini mereka keliru dengan apa yang cikgu dan saya ajar di dalam mengeja. Tapi saya harap mereka dapat menguasai matematik sebaiknya. Asmaa' sudah boleh menambah nombor sehingga ke angka 20. Masih ada salah tapi saya dah puas hati dengan budak besar itu punya latihan. Saya rasa dapat faham cuma biasalah kadang2 ada silly mistake.

Apa yang saya nak kongsi hari ini adalah satu blog ini. Homeschool Math Blog. Ini sangat sesuai untuk kita belajar semula matematik. Bukan apa, sekalipun kita tidak ada hajat tinggi melangit dalam bidang ini, tapi kita akan bekalkan sesuatu buat anakanda tercinta insya ALLAH. Tapi ada satu list yang lebih dasat. Saya rasa nak aje letakkan semua link yang dia bagi dalam blog saya... (macam la ada masa nak explore) ahahaha....here is the list Lets Play Math.

Owh I really love mathematics....ia buat saya rasa best!!!
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!