Wednesday, November 04, 2009

Meronda Ke Pasar


Bismillah,

Sebelum mengerjakan ayam, sotong dan udang yang saya beli tadi, baik saya tulis blog dulu... ahahaha... cakapjelah ko gila blogging Pijah crabemoticon. Pagi ni Mr Abah sibuk nak gi potong plywood. Tapi Puan Umi pun memang selalu sibuk juga. Puan Umi bukan apa, dia kempunan nak makan lala stim.

Tapi tadi Mr Abah nampak gaya takleh nak kompromi dan selera umi pun takleh nak bertolak ansur arini. Maka, umi bgtau abah yang umi nak gi pasar bawak Uwaiys dengan Arwa. Soklan mula2 yang abah tanya adelah, "Bolehke??" Ahahaha....sbb sll diorang tunggu dalam kereta tapi kali ni kalau dah umi sorang, mesti la kene hangkut mereka kan.

Udahla benda sasaran terletak di tempat basah. Maka, seblom kluar rumah, saya dah pakaikan mereka kasut yang tebal, so tak le terkena kaki air ikan atas lantai tu sebabnya Uwaiys kalu kaki dia kena lecah sikit memang sll melalak2 lah minta dibasuh. Satu lagi, saya prepare biskut Munchy yang dalam peket kecil tu.

Terpaksa bekalkan mereka bukan apa, sebelum ni saya pernah bawa diorang ke pasar dah dan sebab itu lah rasa takut nak bawa lagi. Punyalah ramai yang nak cuit, yang bagi jajan, yang bagi gula2....itu baru bawa sekali. Paling tak sangka seorang apek tua keluarkan Hacks dari poket dia bg kat Uwaiys dengan Arwa.

Saya tak kisah kalau orang nak bagi tapi kalau dah banyak sangat, tak eloklah pulak kan. Lagi satu takut nnt anak senang2 je digula2kan dek orang. Takkan lak saya nak halang diorang dari amik apa yang orang hulur. OK, itu hal orang bagi. Yang diorang mintak itu, mintak ini pun pening juga. So far, Uwaiys dengan Arwa belum pandai mintak tapi Asmaa' & Usamah dah pandai minta. Tapi sll saya tolak aje baik2.

Bila tadi seorang makcik asyik perati saya buka satu bungkusan biskut tu, tanpa dia tanya memang sebenarnya ngko terlebih bercakap Pijah saya bgtau, "Saja bawak kot2 diorang mintak beli yang bukan2." Terus dia kata, "Uh..tu kalau pegang janji, ini dalam kete kata tanak mintak macam2, lepastu mintak jugak..." Hihihi.....

Biasalah budak. Alangkan tengok iklan tu, tiap kali tengok lah, "Umi...nanti beli rumah macam tu ek?" Hoh..sesak pernafasan umi mendengar, kalau takat mintak coklat Ding Dong takpelah...ini mintak beli jet, aeroplane.... crabemoticon Boleh pengsan umi dengan abah anak2 weih...

Uh, OK aaa nak jamu dua kanak2s ni dengan cucoq keria tak jadi umi. Selalu ubi ni buat keledek tapi arini malas nak letak gula kat dalam sbb lama sangat merebus tadi.Ubi ni pun umi beli yang reject punya. Kalau yang dia display tu RM 2 satu kg. Tapi kalau beli yang ini ada 3kg tapi RM 1.50. Memang boleh tahan juga kawasan yang boleh dimakan, siap boleh dua kali sarapan lagi...dah org lain tanak beli, biarlah kami yang beli...serupa gak dengan kentang..

Over tau ko ni dah kata nak berenti tu berenti laaaa...... Baiklah!!!


*Usamah nanti kalau malam mimpi semut tu buli Usamah dalam tupperware mcm tu umi tatau aaaa........
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!