Friday, November 27, 2009

Puzzibits


Bismillah,

Kalian saya tak pasti kalian dulu pernah tak main satu permainan ini. Ia adalah satu papan putih yang disertai dengan paku payung tumpul berwarna warni untuk dicucuk2 atas papan putih tadi bagi membentuk gambarajah. Mak saya ada belikan saya satu yang ini dan saya masih ingat saya bermain dengannya dulu.

Sekarang saya tak pasti sama ada di kedai mainan ada terjual benda ni ataupun tidak. Tapi online punya ada. Sila buka link ke Puzzibits. Jika ada terjual di Malaysia, elok juga kalau dapat dibelikan kepada anak2 kan?? Actually saya teringin nak dapatkan satu. Atleast yang sama macam yang saya main dulu. Huhuhu...Ia adalah asas kepada nak buat cross stitch dan lain2 lakaran.

Puzzibits ini, kita dapat bentukkannya menjadi objek 2D (leper) dan 3D (bersegi2). Tapi jika anda sahaja mahu cuba2 anda boleh tekan Puzzi Studio. Saya dah cuba buat satu dan lakaran tak sampai 5 minit saya itu membuahkan ini. Asmaa' pun bertanya kenapa bunga ni tangkainya senget?? :P


*Hodoh sangatkah??
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!