Friday, January 22, 2010

Kasihan Dengan Orang Jahat


Bismillah,

Semalam, selesai saya solat Isya' sementara menunggu suami saya naik ke atas, terdengar bunyi kecoh2 di bawah. Saya cuba intai, memang ramai betul orang dan majoritinya adalah Cina. Saya ingatkan ada show motor atau kereta sbb tempat mereka berkumpul adalah satu kedai aksesori kereta. Tapi pelik jugalah sbb hari Isnin semua kedai di deret itu tutup kecuali kedai saya dan kedai elektrik Wah Lee.

Bila ternampak saja suami saya, saya call tanyakan dia ada apa di bawah. Katanya ada budak kena tangkap masa sedang mencuri motor. Saya yakin mereka itu baru mula aktiviti mencuri kerana :
  • Kalau pencuri itu sudah pro, memang sekejap je dia boleh kebas.
  • Dia boleh tak perasan CCTV atas kepalanya.
  • Mereka tak gamble lari aje masa orang mula mengepung mereka.
Wah...ini sudah macam bunyi sitisifir mempunyai sifir untuk mencuri. Sebenarnya, saya pernah tengok orang mencuri motor. Jika ada kunci rantai, mereka bawak gunting besi yang amat besar, dan masa diambil memang takdan 5 minit untuk buka kunci. Saya terkejut dan tak boleh nak buat apa2. Masa tu di KB. Sedar2 budak2 tu dah blah...

Pasal CCTV, orang yang mencuri sllnya study keadaan tempat mereka nak mencuri. Kalau tak study pun CCTV itu adalah tidak berada di tempat yang tersorok. Maksudnya jelas di pandangan mata. Masih lagi budak itu kantoi. Huh...padanlah kan dengan perangai mencuri tu kan?

Saya juga pernah tengok seorang pencuri yang mencuri di Mydin KB berlari sampai pucat2 mukanya. Dia dikejar oleh guard Mydin tu tapi tak dapat2. Yang bestnya orang lain boleh tgk kejar mengejar tu mcm tgk org rekod filem. Tak ada yang nak nolong tangkap...hampeh!! Last2 seorang staff kedai saya pergi kejar dan dapat tapi bila di pas kepada guard Mydin itu, agaknya dia dah letih sangat mengejar sampai senang2 je budak tu terlepas semula.

Jadi saya pandai2 buat kesimpulan bahawa budak2 itu tak cukup pandai lagi mencuri. Malah mungkin mereka masih boleh dididik untuk kembali ke pangkal jalan. Malah jika mereka jahat sekalipun, saya yakin setiap hati akan kembali kepada fitrah mahu menjadi baik. Ya...kadang2 saya rasa putus asa dengan orang2 yang digelar jahat ini tetapi tidak adillah jika kita hanya benci tapi tidak mahu mengubah dengan apa yang ada pada kita.

Perhatikan dulu hadis ini :

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukan besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok.

Namun saya tertarik dengan berita ini :

Mereka Tidak Lebih Buruk Dari Firaun - Dr Asri
Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menganggap pandangan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, yang menyifatkan hasratnya untuk berdakwah di pusat hiburan sebagai tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah, sebagai "satu pandangan peribadi".

Kata Tamyes, pendakwah perlu jaga maruah dan imej, elak dipandang serong masyarakat.

Dalam kenyataan balasnya hari ini, Mohd Asri berkata, "Mungkin itu pandangan dia dan rakyat boleh menilai'."

"Nabi Musa lebih baik daripada kita dan Firaun lebih jahat dari semua yang dianggap buruk di zaman ini. Nabi Musa pergi ke istana Firaun, tempat di mana Firaun melakukan kesalahan. Beliau pergi berjumpa dan berdakwah dengan Firaun.

"Adakah kita pada hari ini lebih baik dari Nabi Musa, dan anak-anak muda itu lebih teruk dari Firaun hingga kita merasakan apabila kita pergi kepada mereka, kita mencemar diri kita," kata Mohd Asri.

Dalam sebuah laporan akhbar hari ini, Tamyes dipetik sebagai berkata, pendekatan Mohd Asri tidak betul dan penyampaian dakwah Islam dalam kalangan masyarakat perlu dilaksanakan dengan berhikmah.

Kata Tamyes lagi, "Apabila kita hendak menyampaikan dakwah, jangan sampai maruah kita sebagai pendakwah terjejas. Sebaiknya sampaikan dakwah dari luar. bawa mereka (pengunjung pusat hiburan) ke kawasan yang lapang dan adakan ceramah untuk beri kesedaran pada mereka."

Namun, Mohd Asri mempunyai pandangannya sendiri tentang pendekatan dakwah yang dirasakan lebih efektif.

"Kalaulah ada pihak tertentu merasakan dengan pergi ke tempat teruk itu mencemarkan diri dia, orang yang kita pergi jumpa itu lebih teruk dari Firaun. Adapun Nabi Musa itu bukan bandingan untuk diri saya saya kerana beliau adalah utusan tuhan.

"Saya juga tidak pernah menganggap anak-anak muda yang tersasar itu lebih teruk dari Firaun. Saya tidak rasa saya telah menyalahi etika jika saya pergi berjumpa dengan mereka," kata pendakwah yang tidak pernah jemu mengutarakan idea 'tajdid'nya yang dianggap agak 'kontroversial' sebelum ini.

Kata Mohd Asri, agama Islam akan menjadi lesu dan mandul apabila orang-orang agama yang bergaji hanya mahu duduk di kerusi empok mereka dan enggan turun ke padang.

"Apabila mereka menganggap kerja agama dengan kadar gaji yang diberi kepada mereka maka matilah dakwah. Lebih buruk lagi, apabila mereka menerima gaji lebih daripada kerja yang mereka lakukan.

"Jika golongan agamawan bergaji enggan menolong saya dan duduk di kerusi empok mereka, Alhamdulillah kerana setakat ini saya mendapat sokongan muda, ahli politik dan artis yang akan membantu jika saya buat sasaran dakwah di pusat hiburan dan sebagainya," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) ini.

Mohd Asri berkata, tumpuan dakwah di pusat hiburan seperti yang dilaporkan sebelum ini bukan memberi tumpuan di negeri Selangor saja.

"Saya tidak pernah berkata yang saya akan memberi fokus di Selangor saja, tapi di mana-mana saja. Banyak aktiviti begini telah saya buat sebelum ini.

"Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sebagai galakan untuk pihak-pihak yang sedia turut sama membantu atau melakukan aktiviti itu di tempat masing-masing," kata Mohd Asri yang mengakui skop dakwah yang terpaksa dilakukan termasuk kajian ilmu, urusan universiti, ucapan di seminar dan mesyaurat.

Tamyes juga menganggap berdakwah di pusat hiburan ala Mohd Asri, ibarat hendak membersihkan tong najis, pastinya kita akan bersihkan tong itu dari luar kerana sekiranya kita bersihkan dari dalam tentu kita pun akan terkena najis itu.

"Saya akan buat dakwah begini sebagai berkala tapi pengurusannya akan dibuat oleh ustaz-ustaz dan anak-anak muda," kata Mohd Asri.

Sumber : mstar online


Jika diberi lebih peluang, saya mahu mendekati mereka ini. Tidak beramai2, tapi bersama ibu bapa mereka. Tambahan pula jika ibubapa mereka sebenarnya mahu mereka menjadi manusia yang baik2. Sekarang, saya dikongkong oleh apa saya tidak tau..tapi saya gagahkan juga dengan penulisan. Itupun jika hanya mereka membuka blog ini.

Saya cuba juga dulu untuk menghantar email ke grup2 yang dipenuhi golongan ini. Tapi, saya jengkel jika nama saya berada dalam salah satu ahlinya. Lebih menjengkelkan bila saya menerima email2 yang memeningkan kepala saya...bukan setakat kepala saya pening, komputer saya juga akan terima virus yang menghabiskan duit saya (ini ayat orang takde duit kedekut...harap maklum).

Huh...selepas saja menyaksikan orang curi motor di bawa polis, di belakang rumah saya pula ada India bergaduh, satu kumpulan datang menuntut bela seorang dari keluarga mereka yang kena rogol. Kiranya nak suruh macha itu bertanggung jawab. Kenapa saya tidak terasa apa2 dengan kejadian ini berbanding kejadian kecurian motor tadi ek? Ada sesuatu yang tidak kenakah??

6 comments:

  1. sebut psl india tingat kes yg sama kat sebelah rumah wan. bergaduh dr awal malam bawak ke pagi buta. xcukup bertekak habis punah harta benda dlm rumah. polis 3x dtg mslh xsetel2.

    setahun kemudian bergaduh lagi kali ni kes rebut anak pulak. ye anak hasil....

    penah nak tolong ble dorg hebat bergaduh dlu. tp jiran2 yg lain xbg msk campur. dorg kata dr dlu dorg ni suka bergaduh bile dah sejuk dorg bkn hargai kita sebaliknya kutuk2 kita plak kat belakang. sadis betul.

    ReplyDelete
  2. ckp awal2 wan bukan bias. xde mslh perkauman. kekal dgn semangat 1malaysia. peace :)

    ReplyDelete
  3. hemmmm....

    tadi baru jek tengok rancangan USRAH kat tv9 tuh,ustazah fatma tuh bgtau ada 2 dosa yang ALLAH balas terus kat dunia ni and later kat akhirat which is

    1.Dosa kat ibu bapa
    2.Dosa aniaya orang lain

    So,curi moto kategori aniya orang kottt.Rogol tu pun aniya orang kan...Tu yang terus dapat balasan tuh.

    Hanya ALLAH yang lebih tahu.

    ReplyDelete
  4. kadang2 nadiah pun rasa kesian dengan orang yang buat jahat ni. hati orang yang buat jahat ni bukannya tenang. sentiasa takut je. takut terkantoi, takut tertangkap..pendek katanya memang tak senang la hidup diorang. mudah2an diorang sedar kesilapan diri & insaf..

    ReplyDelete
  5. 2 kejadian yg bg impak besar pd kak siti..[ada pandangan ena, org jahat pasti akan kembali ke pangkal jalan..cuma kesedaran tu timbul pd tahap awal @pun bila tahap sudah terlambat tapi tetap akan kembali kepanggal jalan..

    ReplyDelete
  6. cerita yg menarik..mcm2 kejadian yg menduga di sekeliling...

    semoga kejadian2 ini tidak terjadi di dlm diri kita dan keluarga tercinta..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!