Monday, January 18, 2010

Pentingnya Membaca Label

Bismillah,

Semasa cek mata customer especially yang umurnya 40++, saya akan pastikan mereka nampak sehingga tulisan terkecil pada jarak2 tertentu. Saya akan katakan, "Kalau mcm ni, pakcik boleh lah tengok harga barang dan label kalau nak beli barang kan??". Itu kalau mata dia boleh menangkap resolusi yang haluslah...

Kebanyakan customer saya juga akan mengadu, "Kadang2 nak beli ubat ke, nak beli makanan dalam packing ke, seksa nak belek tulisan atas label dia." Memang pun. Sebenarnya yang lebih penting itulah yang paling kecil dalam label. Tulisan2 besar yang lainnya semuanya hanya ada unsur2 untuk merasuk kita yang banyak membeli ni untuk beli dan beli dan beli lagi!!

Kalau boleh, jika anda baru lagi dengan sesuatu produk, ambillah sedikit masa untuk menganalisa apa yang tertulis di label. Bukan apa, dah kita nak bayar untuk dapatkannya nanti tiba2 kita dapati ia tak sesuai digunakan atas alasan2 tertentu seperti tidak halal, tarikh luput dah lepas, ada pewarna atau perisa yang tidak dibenarkan dan lain2.

Saya tidak pandai tentang ini tetapi ada sesetengah orang terutamanya mereka yang mengamalkan diet akan memerhati maklumat mengenai khasiat makanan seperti :
  • Makanan rumusan bayi - selain susu, saya jarang bagi anak2 saya makan Nestum dan perkara yang lebih kurang. Tapi bukan tidak bermakna saya beli. Stok itu penting untuk cover hari malas saya (uh...ngko tu malas sokmo Pijah :P)
  • Makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak'
  • Makanan pendietan berformula
  • Makanan tenaga rendah
Tarikh2 yang tercatat pada produk yang kita nak beli juga penting
  • TARIKH AKHIR atau TH AKHIR
  • GUNA SEBELUM atau GUNA SBL
  • MAKAN SEBELUM atau MAKAN SBL
  • MINUM SEBELUM atau MINUM SBL
  • BAIK SEBELUM atau BAIK SBL
Senarai makanan yang perlukan tarikh adalah :
  • Biskut, roti
  • Makanan dalam tin untuk bayi dan kanak2
  • Makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak2
  • coklat, coklat putih dan coklat susu
  • Krim kelapa, santan kelapa, pes kelapa, serbuk krim kelapa dan kelapa parut
  • Lemak makan dan minyak makan selain marjerin
  • Aditif makanan yang mempunyai tempoh kurang dari 18 bulan
  • Rumusan bayi
  • Telur cecair, kuning telur cecair, putih telur cecair, telur kering, kuning telur kering dan putih telur kering
  • Makanan tenaga rendah
  • Hasil daging dalam bekas tidak kedap udara
  • Susu dan hasil susu kecuali keju keras
  • Minuman ringan pasteur tak berkarbonat dan minuman ringan UHT tak berkarbonat
  • Tambahan zat makanan atau sediaan tambahan zat makanan yang dijual sebagai makanan
  • Jus buah pasteur
  • Mentega kacang
  • Seri kaya
  • Sos
Panduan Pengguna
  • Jangan mudah tertipu dengan tulisan besar atau label yang cantik aje...telitilah bahan dalam kandungannya
  • Kalau nampak tin berkarat, takkan nak paksa diri beli lagi kan??
  • Tarikh akhir perhati elok2 dan keadaan bungkusannya pun masih baik walaupun dia offer harga 80%
  • Beli jenama yang biasa anda beli
*Wah, kiranya orang yang bershopping lama2 ni belum tentu dia shopaholic kan..ada kemungkinan dia adalah seorang yang sangat teliti dalam berbelanja.


Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!