Sunday, April 25, 2010

Mengurus Stress Dgn Ketawa

Bismillah,

Sudah beberapa hari saya rehat dari menulis. Memberi lebih masa berjinggo-jinggo dengan suami saya. Walaupun saya hangin sebab dia tak bawak balik Usamah, tapi takkanlah saya nak mengada2 merajuk sampai tanak kawan dengan dia masa dia balik kan? Kalau saya merajuk pun apa nak buat? Nak suruh dia balik amik Usamah? Buat keruhkan keadaan aje.

So, masa suami saya ada di sini, mana2 aje dia pergi, saya akan berada di bawah ketiaknya.... ahahaha... memang kalah budak2 ah masa suami saya ada aritu. Sampai dia menggeleng2 kepala bila mulut saya tak berenti2 cakap, "Nak itut" bila dia menunjukkan simptom2 nak keluar rumah. Nak tak nak terpaksa la dia kelek kami kesana kesini.

Sekarang dia sudah bawak Uwaiys pulak. Mmm... komen saya? Semoga Uwaiys dapat temankan Usamah seorang di sana. Umi tetap rindu kalian tapi harapnya umi tak rasa runsing bila Usamah tak ada teman di sana. Jangan korang genyeh anak cek ti kat umah tokku udahla ek... Dah aaa, letih dah nangis...baik kita ketawa dan bergumbira .

Ketawa lebih2 pun tak boleh bro...tapi larut dalam sedih sampai terkedang takleh nak buat mende pun takleh juga. So, apa yang ketawa boleh bg pada kita??

  • Hormon - ketawa ni dikatakan hormon stress mcm cortisol, adrenaline, dopamine dan growth hormone. Huhu...growth hormone pun hormon stress rupanya ek, patutlah makin tua makin stress ek?? Ia juga meningkatkan hormon yang boleh meningkatkan kesihatan macam endorphine. Ia akan meningkatkan antibodi dan insya ALLAH kita akan lebih sihat.
  • Lepaskan perasaan - pernah tak korang rasa korang nak ketawa sangat2 atau nak nangis sangat2...hukhuk, saya petang tadi menangis sehabis2 daya masa kemaskan baju suami dengan Uwaiys. Nanti aa...saya cerita ek kenapa yang saya nangis sangat tu. Hah..kalau rasa nak ketawa ke, nak nangis ke lepaskan aje. Kadang2 tu tengah marah dengan anak pun tiba2 nak meletus ketawa sebab nampak sangat diorang tu tak faham yang umi dia marah. Tapi ada masa jugak saya nangis2 sbb marahkan diorang....susah korang nak jadi mak yang baik.
  • Distraction - kalau kita ketawa, maka fokus kita terhadap stress akan beralih dan mudah2an semoga emosi negatif itu fly away...
  • Mengawal suasana - let say dalam opis kita suasana tegang, tak kiralah bergaduh sesama kita ke, bos hangin ke atau apa2 lah, cuba2lah ketawa supaya bila kita mula senyum dan ketawa insya ALLAH orang lain akan serap tenaga positif itu. Maksudnya, jangan jadi orang yang kuat merajuk..sebab bila kita merajuk, kita adalah orang yang mempunyai tenaga negatif yang menyebabkan orang tak rasa senang dengan kita.
Macam mana nak timbulkan suasana ketawa2 gumbira itu?
  • TV / Movie - terus terang saya tak berkenan sangat dengan teknik ni tambah plak kalau kita mengekek ketawa depan anak2 tanpa kawalan. Tapi jika benar2 perlukan ini, cubalah cari komedi yang bermanfaat. Saya suka ulang beberapa video anak2 saya dengan aksi lucu diorang. Saya ada satu video Uwaiys main dengan bayang2 tapi sbb yang menambah lucu pada gambar tu adalah sbb dia tgh bogel maka kami pakat tgk satu family aje. Tapi lawak dalam gambar tu tak pernah expired bagi saya...
  • Ketawa dengan kawan2 - bersembang dan bercerita tentang sesuatu yang menyenangkan. Insya ALLAH akan legalah perasaan itu.
  • Cuba untuk berada dalam keadaan humor - apa yang menyeronokkan saya dalam dunia blogging ni adalah antaranya adalah membaca blog seperti blog Makcik Rehan. Fuhh...rasa syok sangat kalau tiap kali dia update blog dia. Bukan blog dia jek..saya sebut nama k.An sbb k.An senior ku so kena tabik lebihlah kat dia...kan???
  • Mulakan dengan senyuman - suasana yang keruh pun insya ALLAH akan lebih senang jernih dengan senyum. Kalau asyik muncung aje, sape nak dekat beb???
Saya guna laptop mak saya ni. Rasa maleh nak boldkan perkataan tertentu. Hopefully korang akan senang dapat tangkap the main point ekk....


*Uwaiys - kamu takde ni umi nak gadoh dengan sapa???

4 comments:

  1. yup betul, nak nangis sgt2 pun tak leh, kena senyum, tp susahla nak senyum kalo hati tak ok. macam saya, kalo anak2 tak sihat, sy la owang paling risau didunia, nak makan pun tak dak selera, senyum pun cam senyum2 kambing je..hehehe

    ReplyDelete
  2. adoi, sedihnya berpisah dengan anak...

    tak apa lah kan... :)

    salah satu benda yang saya buat untuk ketawa, geletek anak saya.. sebab, bila saya geletek dia, dia ketawa, jadi saya pun ketawa sama.. hehehe... tapi, jangan geletek lama2 tau.. :P

    ReplyDelete
  3. bila anak2 depan mata ade je benda kita nak marahklan diaorg. bila takde rindu pula.(Knur la ni). Utk Pijah, sabar jelah ye. harap2 tak lama lg boleh duduk sebumbung semula satu keluarga.

    ReplyDelete
  4. cepat la citer nape kamu menangis sungguh2..biasala~ nak menggosip memang laju..haha..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!