Tuesday, May 25, 2010

Abah Saya Kena Pancing!!

Bismillah,

Ntah apa alasan saya letak tanda seru dalam tajuk saya di atas, padahal benda ni bukan kejutan lagi sbb ia berlaku hari Ahad lepas. Bukan pancing undi sebab kawasan abah saya ngundi YB nya sihat elok lagi dan takde menunjukkan tanda2 nak melepaskan kerusi taklukannya. Tapi ini adalah pancing ikan.

Malang Memang Takdak Bau. Kesian kat abah, walaupun dia bawak motor atas jalan, bukan dalam sungai, dia tetap kena pancing. Walaupun abah saya adalah seorang 'pakcik yang macho' bukan 'ikan yang hanyir', dia tetap dah dipancing. Sekarang fahamlah saya kenapa orang tak kasi memancing kat atas jambatan.

Alkisah, abah saya balik petang tu dengan ibu jarinya yang berbalut. Dia kata, "Cuba hangpa teka jari aku ni kena apa? Aku ingat hangpa teka 1000 benda pun mesti salah punyalah!" Haih...suka block minda orang abah ni!! Punya la saspen nak menjawab. Macam2 mende saya keluarkan utk teka apakah yg menjadi penyebab kepada ibujari dia tu.

Dalam dok teka2 tu dia cerita, "Nasib baik la depa kat hospital tu boh ubat kebas. Kalau tak, boleh terkencing aku." Huhuhu....tandanya sakitlah tu. Agaknya dah puas mainkan kitorang abah saya pun kata, "Kena mata kail". Kalau abah saya kaki pancing mcm munasabahlah kan kalau kena eksiden mcm ni?


Tapi abah saya lalu situ sbb nak beli ayam. Syukurlah kail tu masuk ibujari aje. Kalaulah ditakdirkan time tu tak pakai helmet, agaknya terabit telinga abah ai. Takpun terkena mata, nauzubillah. Huhuhu....yang menambah best, kail tu masuk kat ruas dan keluar kat semula lak tu. Jenuh jugakla org kt Hospital Parit Buntar nak keluarkan mata kail tu.


Kiranya tajam jugakla ek mata kail ni. Mmm... Alhamdulillah tak jadi pape kat abah. Dah la lepas kena dia bawak motor sendiri ke hospital. Huhuhu....kesian kat abah ai yang hensem. Lenkali kalau sape2 yang ada sedara mara ka, suami ka, anak ka...yang suka mancing, suruh la diorang memancing kat tempat yang munasabah ek.

**Budak yang memancing tu terlepas ikan yg dia dapat, tu yang kail melayang ke atas helmet abah dan mendarat ke ibu jari...pelik tapi benar!

3 comments:

  1. oo..ingat kan kena pancing dgn mak janda mana ke tadi.hehehe

    ReplyDelete
  2. Ahahaha...sabo je la penafsiran ko Isabelle!! Kalau kena pancing dgn mak janda, abah ai pandai ngelak tauuuu

    ReplyDelete
  3. itu bukan gamabr abah kak pijah kan?lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!