Tuesday, May 04, 2010

Jangan Kata Begitu

Bismillah,


Berkenaan orang yang kehilangan anak sama ada keguguran atau meninggal. Ia adalah aturan hidup yang mana telah ALLAH tetapkan masa kita datang ke dunia dan masa untuk kita pergi kembali ke sana. Walau sesedih mana seseorang itu, namun ia tetap akan datang dan kita tidak pernah tahu tentang takdir kita itu.

Sebulan dua lalu, saya menerima berita seorang sahabat suami saya yang anaknya meninggal selepas lahir kerana masalah jantungnya. Mereka suami isteri ada menziarahi saya semasa saya dalam pantang. Saya jadi terdiam bila mendengar cerita itu. Kebetulan adik ipar saya berkawan baik dengan isterinya dan dia juga dalam pantang.

Adik ipar saya jadi tidak sampai hati untuk call sahabatnya, kerana dia bimbang itu lebih melukakan. Hendak pergi berziarah, selain dari dalam pantang, adik ipar saya juga tidak mahu buat hati sahabatnya lebih sedih melihat anaknya. Saya jadi terfikir, jika saya di tempat adik ipar saya tu, mungkin saya akan bertindak begitu juga.

Ntah apa yang sesuai untuk dikatakan sebenarnya ya? Sesuai ke kata begini...

  • Takpe lain kali cuba lagi - Saya takmo anak lain, saya nak yang ini
  • Sekarang sekurang2nya ada anak yang menunggu kita di sana - saya taknak yang menunggu di sana, saya cuma nak anak saya tu...
  • Mungkin pemergian tu adalah untuk kebaikan - kebaikan untuk sape??
  • Mungkin ada salah di mana2 tu - silap saya??
  • Sekurang2nya belum ada kenangan lagi dengan baby tu - walau apapun, baby tu adalah real
  • Adakah awak ada buat silap di mana2? - apalah dosa yang telah saya lakukan??
  • Bersyukurlah dengan anak yang awak ada sekarang - Ini bukan persoalan sama ada saya dah ada anak atau tidak, ini persoalan seorang anak saya dah tinggalkan saya
Yupp..sepatutnya, apabila kita memujuk, tidak akan ada jawapan yang begitu dari org yg dipujuk jika dia adalah orang yang percaya kepada qadha dan qadar. Tapi kita semua adalah manusia biasa yang akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian. Kita tidak boleh berlagak seperti memahami perasaan orang yang kehilangan. Sekalipun kita pernah berhadapan dengan kehilangan, ia mungkin tidak akan sama cara dan kesannya dengan kita.

Apa yang lebih sesuai kita ucapkan adalah
  • Takziah
  • Saya ada di sini jika awak perlukan saya
  • Jika awak mahukan pertolongan, beritahu saja
Itu tidak melegakan tapi sekurang2nya kita tidak masuk campur urusan perasaan dia. Jika dia menangis, temankan dia dan cukup sekadar berada di sisinya.

6 comments:

  1. --
    --
    --
    Lidah ku kelu. Terkenang saat berada di wad selepas melahirkan Aqilah. Sendirian di atas katil kerana Aqilah masih di NICU. Kakak di katil sebelah juga sendirian. Anaknya meninggal di dalam perut. Ada hikmah utk segala yg berlaku. Cik Abang berbisik sambil memujuk Ana yg asyik menangis."Sekurang-kurangnya,kita masih ada Aqilah.Cuba Yang fikir ttg kakak di sebelah."
    --
    --
    --

    ReplyDelete
  2. ada masa, diam itu lebih baik dpd berkata2. pd kita, kata2 kita tu utk mengurangkan kesedihan org tp dgn tak disangka, kata2 kita tu menambah kesedihan..

    setuju dgn 3 point ucapan tu. selalunya, sy hanya sebut "takziah. moga tabah hadapi ujian". tak berani nak kata apa lg, takut menyinggung perasaan org tu

    ReplyDelete
  3. akak penah melaluinya. memula tu memang sedih, tapi kena terima kenyataan, begitulah perjalanan hidup kita yang telah ditentukan olehNya

    ReplyDelete
  4. salam,
    cuma tumpang ucapan takziah buat keluarga arwah. apa yang pasti dalam hidup kita tiada yang kekal hanya kekuatan iman yang menjadi teman buat mengatasi kehilangan yang mungkin tak sanggup kita berdepan

    ReplyDelete
  5. walaupun redha dgn ujian-Nya,ada masa bila rindu hati tetap menangis..
    cuma dapat berdoa semoga dapat dipertemukan sekali lagi di alam sana..amin

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!