Wednesday, May 12, 2010

Meskipun Longkang, Tetap Dalam Kenangan

Bismillah,

Tadi, kalut2 nak keluar rumah dengan pegang Ahmadi, dengan nak kunci pintu rumah, dengan nak heret pintu pagar lagi pastu nak kunci padlock pintu tu pulak, tetiba terpandanglah ke dalam longkang ni. Ahahaha...dulu bersih aje tapi skang tengok le berminyak dan hitam air tu. Kalau dulu siap nampak ikan ntah hapa nama dok berenang dalam tu.


Pagar putih tu dulu pagar biasa besi tu je kan. Pastu kat hujung pagar tu dulu ada pokok mangga. Alkisah, dulu2 longkang ni ada banyak juga ceritanya dengan kami adik beradik. Cerita saya rasanya sikit je tapi cerita adik saya yang perasan encem memang banyak. Huhuhu...belum mula cerita lagi sudah penat saya ketawa.

Kenangan 1
Saya cerita kenangan saya dulu lah ek. Saya dulu selalu langkah dari tepi ni ke tepi sana. Sebab pagar tu dulu pagar besi, saya dok bergantung2 kat pagar besi tu sampai migrain mak saya marah tak kasi kami bergayut pagar tu sebab sampai lendut kami kerjakan. Satu hari, saya langkah sampai, alih2 nak langkah semula ke kiri, kaki saya tak sampai sebab tak selak kain so kangkangnya tak luas. Maka,dagu saya lah yang tergantung belah sana, dan kaki sebelah lagi dok belah sini. Ahahaha...mujur tak pecah tulang dagu aku.

Kenangan 2
Dulu abah ada kereta Volkswagen dan dia sangat vangga sama dia punya Volkswagen. Maka dia letak kete tu kat tepi longkang tu. Kami plak rajin pergi menghabiskan duit mak kat kedai selang dua tiga rumah dr rumah ni. Jadi sll la lalu antara kete dgn longkang tu walaupun sempit dan satu ari, adik saya tersalah step dan termasuk ke dalamnya dengan penuh bergaya...

Kenangan 3
Satu hari mak abah kami belikan Epit basikal roda tiga yg plastik tu. Epitkan comel masa kecik2. Dia kayuh merata ceruk depan umah dan sbb brek basikal takde, maka dia sekali dengan basikal tu masuk jugak ke ceruk longkang tu..muahahahaahah. Ada sekali tu pulak, dia ugut saya, "Masuk longkang kang, masuk longkang kang" dengan basikal jugak... "UH masuklah, ada aku kesah??" Sekali dia kayuh betul2 masuk longkan. Kira power la adik saye ni...


Kenangan 4
Bila kami dah besar2 sikit, kami dah pandai main 'aci ligan' tapi kami main 'aci patung'. Kalau aci ligan org yg 'jadi' dia akan sep org tu, kalau org tu tak sempat duduk, dia pulak 'jadi'. Tapi kalau aci patung, kita kene jadi patung sebelum org sep kita kalau kita tanak 'jadi'. Epit plak silap percaturan pegi mematungkan diri tepi longkang ni. Sekali jiran kitorang yang 'jadi' masa tu pegi sep dia dengan kuat sampai 'cepurrrrrrrrrrrrrr' selamat Epit jadik patung dalam longkang ...ahahaha...

Dulu2 selalu la barang bergolek masuk dalam longkang dan ada je org senang2 masuk dalam longkan ni nak amik. Bab anak kucing termasuk dalam ni jangan cerita la. Tak sudah2 makabah saya kene angkut kucing keluar dari longkang besar ni. Kalau hujang lebat, mau penuh jugakla longkang ni.

Mmm...kenangan dengan Epit ni memang banyak la... sbb kami sama2 kecik. Tak mcm Ija, sbb saya dah 13 tahun masa dia lahir jadi tak sudah2 saya kene dukung dia. Agak2 kalau saya 8 tahun masa dia lahir, mau saya baling dia dalam longkang :P Mmm...agak2 mak dulu jenuh urut dada dengan saya dan Epit :P

**Selit sikit gambo Ahmadi yang perasan jari dia boleh keluarkan susu ni..hehehehe....3 jari sekali masuk okeh.


**Kamu jgn terjun longkang mcm Ayah Ngah kamu ye....

2 comments:

  1. pejam celik, Ahmadi dah nampak makin besar n bulat

    ReplyDelete
  2. supo la namo aidk kito...adik ore pong namo epit jugop. buah mace adik kpija jugop hahhahahah

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!