Thursday, May 06, 2010

Persediaan Awal Hadapi Krisis Rumahtangga

Bismillah,

Hangin skang ni suka tengok Adamaya. Nak tengok pun tak syiok sorang2..mesti nak tengok dengan mak. Ceritanya tak reti gak nak komen sama ada best ke tak tapi antara yang jadi tarikan adalah budak Amani yang comel tu. Selain tu adalah isu rumahtangga yang ada di dalamnya. Ini baru nampak macam cerita Malaysia, bukan macam Asmaradana tu, hero hidup last menet macam cerita Hindustan plak.

Entry ni mungkin sesuai untuk semua yang baru nak kawin, atau boleh juga mula diaplikasikan pada mereka yang dah kawin tapi belum buat perkara yang akan disebutkan. Bukanlah saya nak menyuruh kalian bersikap pesimis sebab kita mesti selalu optimis tetapi kot mana2 pun kenalah jaga, kerana kata orang tua2 'malang tidak berbau'.

  • Semua perkara yang nak dibuat mesti ada hitam putihnya - sebagai contoh nak keluar rumah sekalipun, kena ada persetujuan walaupun kadang2 tu suami dah kata, "Kalau yu nak keluar yu keluarlah...ai tak kesah". Manalah tau jadik macam kes Dani dalam Adamaya tu, sukati dia plak kan kata isteri dia nusyuz. Lagipun idakle encik suami terasa disisihkan kalau kita buat sesuatu kan...barulah dia rasa dihargai giteww...
  • Buat catatan - ala2 diari. Alah...skang orang buat blog ni lebih kurang tulis diarilah kan... Manalah tau boleh buat rujukan ke. Selain tu catatan perbelanjaan jugak penting so simpan lah segala resit dan bil yang terlibat.
  • Tentukan harta milik siapa - kalau boleh tu, walau suami yang bayar kereta, letak la nama cek adek sbb awak tu laki, papehal selalunya cek adek la yang susah dengan anak2 kan. Tapi kalau dah sah2 cek adek yang bayar, janganla letak nama cek abang nah...sbbnya org laki senang je kalu dia nak bawak lari harta tu...he he...prejudis sekali ayat ai!!
  • Jangan kerap2 bg suami berjoli dengan duit kita - OK, ni kalau lawyer, dia ajar mcm nila...actually kita memang kene tolerate la jugak. Ada masa kita rasa nak belanja suami maka belanjalah..takde masalah tu. Cuma jangan sampai melampau. Yang melampau ni lah yang masuk level tak bagus. Contoh paling kuat kalau suami mintak duit nak beli rokok...janganla baik ati nak bg.
  • Kalau dia naik tangan atas badan kita err...maksud ai dera la, buat la laporan perubatan, laporan polis dan pejabat agama. Kalau boleh tangkap gambar kalau ada kesan lebam dan simpan bebaik. Wahh..mcm kepoh plak ek. Mcm nilah, buat laporan perubatan tu bukan apa, in case lah kan...yang polis tu sebenarnya dia akan minta apa tujuan yu buat report, then bgtaulah tujuannya 'takut berulang lagi' atau 'sebagai rekod' atau apa2 lah...janganla plak kata 'tolong tangkap laki saya sumbat dalam lokap'. Kalau masuk kes dera ni, bukan perkara main2, alhamdulillah belum pernah terjadi dalam hidup saya tapi rasanya tak dapat juga terima hal ni kalau dengar orang lain kena. OK, kalau buat benda ni, simpanlah baik2...kalau suami kita insaf, takla dia kecik hati bila tengok kita buat report bagai tu... Ia hanya sebagai bahan bukti.
Saya bukan kenal sangat lawyer but I have a few la jugak yang jadi lawyer ni. Diorang pesanlah semua benda yang kita buat kalau nanti2 nak tuntut dimahkamah mesti ada hitam putih (patutlah baju diorang pun hitam putih ek). Kalau takde hitam putih, nak buat kes nanti memanglah susah.

Apapun bg saya yang lebih besar dalam hal ini adalah, cubalah untuk elak diri dari menghadapi hal ni. Tidak mudah menghadapi krisis ini jadi jika kita harus selalu bersedia okeh!!



**Kepada encik suami yg sll dibuli isteri, anda juga perlu simpan rekod perubatan anda okeh :P

1 comment:

  1. skrg ni macam2 kes keluar dlm paper. hidup penuh dgn tekanan. akal pn dah xdpt berfikir wajar dah huhu

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!