Monday, December 06, 2010

FAQ Tentang Cloth Diaper

Bismillah,

Saya ada dapat email ni dari seorang customer CD saya. Hanya nak share kalau ada yang masih tidak tahu :)


Assalamualaikum

Saya ada beberapa soalan tentang CD, harap sudi menerangkan kepada saya.
Saya sedang mengandung anak ke 2, minggu ke 34. Anak pertama cuma mengguna DD.
So, agak keliru dengan jenis2 CD yg ada.

1) Apa kelebihan Pocket Velcro Cloth Diapers berbanding Pocket Button Cloth Diapers
Velcro ni adalah CD yang dipakai dengan menggunakan zapp on tu. Kelebihan dia adalah senang nak handle kalau anak tanak duduk diam waktu kita nak pakaikan CD. Cumanya ada orang kata velcro ni kurang lekat selepas 3-4 tahun pemakaian. Saya tidak ada velcro langsung sbb zaman pakai DD aritu, anak2 dah pandai bukak stickernya, ni apatah pulak velcro pandaemo

2) Jika membeli CD tersebut, tidak perlu lagi membeli insert? Setiap CD sudah ada insert? Jika ada, berapa byk untuk setiap pembelian sehelai CD?
Beberapa jenama seperti Coolababy dan Rainbow akan disertakan dengan 2 pcs insert for each CD. Jadi kene tanya kepada peniaga berapa dia provide insert for each CD

3) Jika new born kurang dari 3kg, belum dapat memakai CD?
Sebenarnya boleh, tapi ramai yang tak mulakan dari awal sbb satu halnya kemungkinan anak asyik poopoo masa awal2 lahir tu. Kemudian peha yang kecil juga mungkin akan menyebabkan kebocoran dan seterusnya tak tahan nak cuci... Tapi saya cadangkan ambil CD rainbow untuk newborn, cuttingnya kecil dan sesuai untuk mereka

4) Berapa insert diperlukan untuk setiap CD?
Ada setengah ibu yang bubuh satu saja insert untuk masa tertentu. Tapi saya, setiap kali saya pakaikan anak saya CD, saya akan pakaikan 2 pcs sekali. Sebab saya sangat runsing kalau keocoran berlaku jadi sebagai langkah pencegahan baiklah pakaikan 2 pcs. Lagipula, saya rasa sama je basuh 1 pcs CD or twopandaemo

5) Berapa % kebocoran mungkin berlaku apabila memakai CD?
Erk...tanya % ni susah lak rasa nak jawab. Macam nilah, masa awal2 pemakaian tu rasa macam asyik bocor je. Mungkin sbb tak cukup prewash CD tu. Tapi bila dah lama2 guna kita sendiri akan tau cara nak pakaikan CD dengan betul. Kemudian bajet sendirilah berapa jam pakai untuk each CD. Let say anak anda minum susu formula, jangan tunggu sampai 5 jam, dalam 4 jam atau kurang salinkan dia. Sbb biasanya bayi dengan susu formula ni kencingnya banyak kan?? 

Maaf ya, banyak soalan.

Tak apa...saya tak kisah pun. Kalau rasa nak beli sila lah ke kedai saya ye...itu pun kalau berminat dengan harga saya

Mmm..saya rasa semua blogger dah tau dah pasal CD kan?? Ke ada yang tak pernah dengar lagik??

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

4 comments:

  1. salam..

    saya pom ad guna juga
    beli 2 CD..hehe

    adalah jugak kelebihan CD ni
    jimat wang ..

    ReplyDelete
  2. ada beli 2 pieces cd but anak dara sy tak mo pakai..sakit katanya..apa yg saiz besar yek??nak try lah..skrang dia pakai xxl drypers..itupun selalu bocor..sebab besar sgt..pakaikan xl ketat kan pinggang lak..huhhuhu

    ReplyDelete
  3. sarah, a'ah jimat poket...boleh soping beli mende lain...

    emy, rasanya minky sunny baby cuttingnya besar... memang mula2 pakai dia akan rasa bulky sikit...huhuhu

    ReplyDelete
  4. syiok nya menjawab soklan customer... ;)

    pija dah try cd DyanaMP?... Anis yg comel pun suka.. tp dia pakai mlm2 lah... tu pun selalu berebut dgn Aliya.. sbb Aliya kata semua CD tu aye punya... dia kasi kak dia pakai yg warna plain jer.. yg corak2 aye punya... ;)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!