Wednesday, January 26, 2011

Bila Anak Bertanya ALLAH Dimana

Bismillah,

Sekarang ni di mailing list sibuk orang dok bincang pasal persoalan ni sehingga terlihat kelompangan Aqidah beberapa ahli di sana. Semoga dijauhi dari keterpesongan dalam menjadi mukmin sejati.

Sebenarnya persoalan ini pernah saya kupas sedikit dalam entry ini. Jika disitu anda masih sukar memberi jawapan kepada anak anda, cuba cari buku ini pula.


Atau juga anda boleh rujuk ke blog baru saya yang saya tujukan kepada anak2 seusia anak saya. Dah tiba masanya menjadi seorang ibu dalam erti kata sebenar jadi saya buat blog itu pula. Cuma ambil masa sikit lah untuk memperhalusi apa yang boleh dikembangkan disana. 

Sebenarnya terdapat beberapa ayat yang jelas menyatakan di mana ALLAH itu berada.

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)

“Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Thohaa: 5)

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus: 3)

Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad s.a.w.). (al-Furqaan: 59)

Oleh itu jawapan yang paling tepat untuk menjawab soalan ini adalah ALLAH bersemayam di atas Arasy atau bahasa mudahnya di langit tertinggi yang tidak kita ketahui.

Anak2 ini adalah berada dalam keadaan fitrah. Mereka telah tahu bahawa ALLAH itu wujud dan kerana rasa cinta mereka kepada ALLAH lah yang menyebabkan mereka tercari2 di mana ALLAH. Lalu jawablah kita ibubapa mereka dengan penuh ilmu. Jangan menjawab sehingga akhirnya anak2 merasa keliru pulak. Semoga ALLAH mudahkan kita dalam menjaga anak-anak kita :)

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

5 comments:

  1. thank you kak siti!

    ReplyDelete
  2. bagus ada buku mcm ni. Nanti Knur nak carilah. Knur selalu cakap, "Allah yg menciptakan segalla-galanya".

    ReplyDelete
  3. belum pernah lagi si kecil eliss tanya soklan ni.kena bersedialah dari sekarang :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Pija, wahhh...saya baru missed sehari dua dah berubah wajah blog glemer ni,ya. cantik2! ;)

    Saya nak share juga satu lagi buku yang boleh membantu kita menjawab pertanyaan anak2 yang genius ni. Klik link ini ya

    http://www.kemilau.com.my/senarai-penuh-katalog-buku/3/68-bila-anak-anak-bertanya-tentang-allah.html

    Boleh juga beli dengan saya. Hehe (sempat promote sebab saya staf di sini)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!