Monday, March 28, 2011

Lawatan Prenatal : Buat Yang Pertama Kali Mengandung

Bismillah,



Tahniah buat dua ipar saya yang kelihatannya sedang mabuk-mabuk. Pandai kalian bajet (sebenarnya ia adalah ketentuan ALLAH Yang Maha Bijaksana) mahu bersalin dalam masa yang berdekatan. Seorang dari adik ipar saya itu adalah pertama kali mengandung. Kesian melihat dia terpaksa meludah air liur setiap berapa minit sekali.

Baca juga : Alahan mengandung : Cara Mengatasi

Alahan ni, adatlah... Tapi siapa yang boleh membaca sifir mengandung, insya ALLAH mereka boleh mengelakkan alahan. Perhatikan tubuh sendiri, kenapa boleh rasa loya kemudian cubalah untuk mengelakkannya. Kali ini saya tidak bercadang tentang alahan mengandung tetapi lebih kepada kenapa perlu buat lawatan prenatal.

Selalunya dalam tempoh kehamilan, jika kita pergi ke klinik seawal kandungan berusia 3 bulan maka lawatan yang akan kita lakukan adalah lebih kurang 15 kali. Tapi temujanji yang mereka tetapkan barangkali akan berubah mengikut keadaan kesihatan kita. Jika kesihatan kita baik, maka tidaklah kerap sangat kita terpaksa ke klinik.

Apa yang perlu dilakukan di sana adalah pastikan bladder anda penuh :P . Jika tidak anda perlukan masa yang lama untuk rasa nak buang air. Mereka akan melakukan beberapa ujian ringkas yang tidak menyakitkan. Untuk mereka yang pertama kali melakukan lawatan ini, cuba senaraikan soalan yang mungkin anda tanyakan kepada jururawat atau doktor bertugas. Jangan jadikan lawatan anda sebagai satu lawatan touch n go. Jadikanlah lawatan itu satu lawatan yang ilmiah.

Jururawat akan bertanya bagaimana perasaan kita atau sebarang masalah dan kebimbangan yang kita alami. Jawablah dengan sejujurnya terutama jika anda berhadapan dengan kebimbangan tertentu. Ini bagi memastikan ibu dan kandungan sihat disepanjang tempoh kehamilan. Jadi adalah amat penting untuk memenuhi temujanji walaupun pada tarikh tersebut, kita berasa sihat sahaja.

Oh ya...ujian ringkas yang saya sebutkan tadi adalah seperti berat badan, tekanan darah, urin, merasa kedudukan bayi, mendengar bunyi jantung bayi dan lain-lain. Kita juga akan diberitahu tentang perubahan bentuk tubuh dan memberitahu situasi yang perlu diberi perhatian sepanjang kehamilan.

Akhir kata, cubalah berbaik-baik dengan jururawat yang memeriksa. Mereka adalah insan seperti kita juga yang kenal penat bila bekerja. Jika mereka berhadapan dengan masalah, barangkali mereka akan bertindak dengan cara yang sepatutnya. Cubalah bersabar dan bercakap dengan baik supaya itu tidak menambah beban mereka. Jika mereka tahu kita memahami mereka, insya ALLAH mereka akan cuba memahami kita nantinya.

Baca juga : Memahami Kad Antenatal

 

2 comments:

  1. klu preggy masa tengah mabuk2 n alahan tu yang tak mahu rasanyer lalui...tapi ade jugak orang yang tak lalui fasa tu....

    ReplyDelete
  2. Biar lah rasa sekali...hehehe...kalau tak, tak adventure lah :P

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!