Monday, June 27, 2011

Budak Sekolah Sekarang Tidak Takut Berzina

Bismillah,



Agak2 anda apa puncanya?? Kenapa agaknya budak sekolah sekarang tak boleh nak bezakan sama ada mereka boleh buat atau tidak 'projek' dengan kawan mereka? Atau mereka tahu tak boleh tapi sebab tidak ada rasa takut kepada Pencipta??

Macam ada satu kes yang diceritakan oleh seorang sahabat saya. Seorang pelajar lelaki datang ke sekolah dengan tuala di kolar baju ala2 Bangla buat kerja construction. Bila cikgu pakat tanya, dia jawab kena gigit lipan. Budak tu pun teknik tak berapa nak betui, agak2 kalau kena gigit lipan kat leher lak tu, tak ke weng tapi hang boleh mai sekolah lagi.

Dah la pakai tuala keliling leher, kalau hang bijak sikit for sure hang tampal plaster ke kan. Rupanya, lipan yang gigit budak tu adalah lipan betina kaki dua. Tak pasal2 dalam rekod disiplin ada tulis budak perempuan tu sebagai 'menggigit pelajar lelaki'. Rekod ni awak ingat lekat kat atas kertas cikgu disiplin saja ka?? Ni kalau tak taubat ni kesan dia lagi dasat wohhh....

Punca :

  • TV & Iklan TV - satu hari suami saya balik dan beritahu ada iklan yang dia sempat tengok di rumah kawan tentang deodoran. Sebelum pakai, takleh peluk pakwe dia, alih2 dah pakai boleh peluk dah. Saya baru perasan iklan tu masa tengok Takdir Afina kat TV3 malam Sabtu aritu. Sungguh tidak mendidik iklan macam ni... Itu baru iklan, belum cerita yang macam2 tu kan...
  • Pengaruh rakan sebaya - OK, ini ayat karangan yang saya guna ni. Yang tak sebaya pun kalau sama hampeh ajak kawan ada makwe atau pakwe memang takleh buat kawanlah. Siap sporting tolong kenalkan lagi antara satu sama lain. Agaknya antara mereka 'takde class' kalau tak pandai ber pakwe makwe. 
  • Internet - kalau ada laptop seorang sebijik dan dapat pulak pasang TM wireless ntah hape, guna tanpa ada kawalan maka hakibatnya faham2 sendirilah.
  • Tiada didikan - guru bagi saya tiada kesempatan kalau jumlah murid nisbah guru adalah 30:1. Pastilah sebenarnya tanggungjawab ibubapa itu lebih berat. Saya percaya bahawasanya anak2 adalah dikawal selia oleh ibu bapa. Jadi, saya sedang menghitung2 betapa beratnya tanggungjawab kami ibu bapa untuk beri didikan kepada anak2. Sudahlah kita tidak tahu bagaimana hasilnya anak2 kita nanti. Adakala terlebih kawal juga akan menjadi masalah dan tiada kawalan juga akan menjadikan anak kita rosak. Memang kita cuba untuk follow the rules tapi adakah anak2 itu faham pula apa yang kita cuba sampaikan. Jadi, saya percaya bahawasanya koreksi diri adalah perkara penting sebelum kita mengajarkannya pula kepada anak kita. Jika kita sendiri jenis sosial, maka adakah anak akan belajar untuk tidak sosial??

Baca link ini juga ek... : Jangan Jadi Perempuan Yang Murah

5 comments:

  1. meme runsing tgk budok2 lo ni, x tahu la gapo nk expect dgn anaok2 kito bila puok dio besar nanti key kak pija.

    ReplyDelete
  2. Buke runsing ko anok jah Yatie, kito ni pun takut belok esok2..waaaaa

    ReplyDelete
  3. Salam kak pija...
    Zaman skang nih dah macam2 cabaran parent nak kena hadapi dalam membesarkan anak2..kembali pada ajaran agama..didik anak ikut landasan Islam..InsyaAllah berkesan..tapi kalo kiter dah didik dia sebaik mungkin tapi dia masih berkelakuan tidak baik..itu bukan lar salah parent sebab dah buat yg terbaik...walaubagaimanapun macam mana tak baik pun anak kiter, kiter kena usaha jugak bawak dia kembali ke pangkal jalan...jgn putus asa...

    ReplyDelete
  4. zaman skrg mmg terlalu terbuka dan advance..budak sekolah rendah pon dah pndai maksud kiss ni.

    zaman sy dulu..masa belajar sains form 3 tu baru tau maksud seks sebab ada silibus pembiakan kat subjek sains, hehe

    ReplyDelete
  5. budak skrg mmg anggap seks tu perkara normal boleh wat utk suka2 isi masa lapang.. teringat ustazah dato' fatma azzahra ada cite kt asrama anak yatim yg dia pg 1 couple ni umur 10 & 11 thn klu x slh kena tangkap, bila dia tanya kenapa wat camtu (seks la), jwbnya saja suka2 isi masa lapang...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!