Thursday, June 23, 2011

Silap Mengorat Kenalah Gigit

Bismillah,

Kuda ni adalah haiwan yang manja sebenarnya. Mereka suka bergurau tapi cara gurau diorang itu adalah agak ganas. Kalau perati betul2, bila kita datang mendekat aje, dia akan gigit pagar atau tiang. Cuba tengok macam mana kuda ni bergurau dengan my hubby.

Kuda comel ni adalah kepunyaan orang lain tau... 

Bagi kuda, cara dia bergurau adalah dengan menggigit kita. Tapi kena jaga-jagalah sebab hasilnya akan jadi macam gambar kat bawah ni pulak... kui kui... Masa kena ni, suami saya call saya dan cakap jangan terkejut. Saya memang dah tau sangat taktik dia, kalau dia kata jangan terkejut tu ada la benda yang jadi kat dia. Macam masa patah tangan tu pun dia guna ayat yang sama jugak. Siap kata, "Ala sikit je...".


Gambar 8 Januari


Gambar 14 Januari

Kuda yang menggigit ni adalah kuda yang dikatakan paling baik di Pasir Putih. Satu Pasir Putih terkejut bila dapat tau kuda ni menggigit seseorang. Masa kena gigit ni merata hala saya cari nombor tepon Catlina sbb saya dapat tahu dia veterinar. Cat kata gigitan haiwan ni kot mana2 pun ada kumannya so kena gi klinik dan mungkin kena ambil suntikan yang perlu tapi Nejad biasalah, dia bukan kaki hospital tambah pulak dalam luka yang dia kata kecil begini.

Ada caranya nak mendekati kuda ni, yang penting jangan datang dari arah belakang apatah lagi nak sentuh2 montot dia. Kuda pun tau marah lah wei kalau diberi gangguan seksual begitu...kikiki... Buka link ni ek kalau nak tau cara nak mendekati kuda dan tengok video di bawah macam mana kalau kena sepak kuda, mujur tak patah je...


*Abam, kalau mulut yu carik sampai dagu ritu macam mana?? Lagi mau gurau2 dengan kuda.. :P

1 comment:

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!