Sunday, September 25, 2011

Makanan Untuk Meningkatkan Hb

Bismillah,



Selaku orang yang dah dapat cap mohor atas dahi pasal hb low setiap kali bersalin, inginlah saya share dengan kalian ilmu yang telah puan2 misi ajar dan tidak ketinggalan encik google juga. Cumanya saya bersyukur juga kerana sepanjang 6 kali mengandung itu, tidak sekalipun sampai ke tahap kena cucuk 5 kali kat montot yang dengar khabarnya sakitnya itu melarat sehinggalah ke selepas bersalin.

Oh ye, teringin juga saya nak cerita, ada satu ketika saya pergi cek seperti biasa. Tiba2 selepas saja test hb, pegawai farmasi tu ambil pen biru untuk isi kad merah saya. Excited lah wei sebab selalu kaler merah pennya. Naik mencanak-canak kerana sepanjang sebelum minggu itu saya minum Kopi Radix. Kemudian sehari sebelum ke klinik saya masak peria + ikan bilis goreng dgn telur dan makan sebiji pil Iberet Folic yang adik ipar saya bagi. Tapi amalan nak rawat hb sehari sebelum gi check up ni jgn ikut tau.. :P

Takmo panjang cerita, maklum saja orang dalam kepantangan ni :P

Makanan :

  • Daging merah yang lembut (bahagian batang pinang)
  • Daging burung unta (ostrich)
  • Cornflake yg ditambah zat besi (baca pada label) atau bijirin lain
  • Kerang (sambal, sup, etc) - saya suka rendang
  • Roti gandum
  • Telur, tauhu, hasil soya
  • Buah-buahan kering - kurma merah cina atau buah jujube
  • Sayuran berdaun warna hijau
  • Hati, limpa, paru

Minuman :
  • Air jenama 100Plus - jika cepat letih (org kurang darah selalu letih)
  • Jus buah-buahan seperti jus mangga manis (pauh siku raja) yang diblend dgn susu pekat, tambah sedikit air, minum sejuk dgn ais

Tingkatkan juga makanan di bawah yang mempunyai vitamin C yang tinggi sebab kalau vit C dalam badan cukup, maka akan lebih terseraplah zat besi anda :

  • Buah-buahan citrus seperti oren
  • Sayur-sayuran mentah
  • Betik
  • Mangga
  • Jambu

Awas, makanan diatas hendaklah ambil secara berwaspada dan berpada-pada :

Walaupun hati haiwan(lembu, ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambilan retinol yang berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan dari wajah, kepala, jantung dan sistem saraf.

Contoh-contoh resipi untuk menaikkan Hb rendah:

  • Teh Cina Kurma Merah, Longan dan Halia:
    • BAHAN-BAHAN
      • 10 Biji Kurma Merah (rendam selama 10 minit. Berus menghilangkan kotoran terperangkap dalam lipatan kulit)
      • 16 Buah Longan Kering (Basuh)
      • Kupas dan titik 2 "x 2" halia tua (halia tua sesuai untuk buang angin ~ kalau tak suka tak payah letak)
      • Gula Batu (kalau tak nak pun boleh)
      • Daun Pandan
    • KAEDAH:
      • Bawa 5 cawan air mendidih.
      • Tambah semua bahan dan didihkan air dalam panas sedang selama sekitar 15 minit.
      • Hidangkan selagi panas. Boleh di minum ketika sejuk

4 comments:

  1. thanx 4 these useful infos kak pija ... sy pun belom sampai tahap kena cucuk montot,tp mak sy pernah kena dolu2...saket katenye...huhu...

    yg plg mudah sy amalkan ialah goreng ikan bilis m mkn dgn nasi atau ratah begitu saja,doctor tmpt bersalin bg tips simple mcm tu je :p di samping lebihkan sikit minum susu (klu susu coklat rajen banget ler) .

    tahniah dah melahirkn anak ke-6 . ate bile nk share gambo bby nyer??

    ReplyDelete
  2. tq share info..sy tgh google pasal hb rendah ni.tjumpa cni.sy td pg br g check up utk amik darah 3botol kecik,sample stool n air tencing sbb hb rendah 2xbturut dlm ms 2mgu.td pg pun xnaik.9.8 je.sedih n risau..takut beri kesan pd bb.ngandung 1st dl xpernah bwh 11.akak stiap kali ngandung mmg hb rendah ke?ada kesan pd bb x?

    ReplyDelete
  3. salam.
    info sangat2 berguna...
    mohon share kat blog ye....:)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!