Thursday, December 01, 2011

Menjadi Izzah Adalah Lebih Mudah Dari Menjadi Hamba ALLAH

Bismillah,

Setiapkali cuti, bagaikan orang kemaruk saya menonton TV. Maklum saja di rumah mak ni ada Astro. Sekarang pun sedang heboh tentang cerita filem Ombak Rindu yang akan ditayangkan bermula hari ini. Sedikit sedutan filem bagi tujuan promosi telah ditayang di TV dan antara babak yang kelihatan adalah babak rakus Aaron Aziz dan Maya Karin.

Ini adalah sedikit sedutan kenyataan yang saya ambil dari Murai.com :


Ditanya mengenai babak intim lakonannya bersama Aaron, sambil ketawa, kata Maya, babak tersebut dibuat dalam keadaan yang serius.
"Kesemua krew yang tidak terlibat kena keluar dari bilik ketika nak buat babak tersebut. Saya akui agak gementar sewaktu nak lakonkan watak itu. Kerana saya tidak biasa lakonkan babak sebegitu namun ia merupakan satu tugas dan babak itu harus ada dalam filem berkenaan untuk mempercantikkan jalan ceritanya. Jadi sebagai pelakon saya dan Aaron harus melakukannya secara profesional,"katanya.

Lihatlah perkataan yang saya boldkan. Ntahlah kenapa saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Firman ALLAH SWT :

“Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al Hujuraat 18]
Sesungguhnya ALLAH sekali2 tidak berhajat kepada perhambaan kita. Tapi kita akan sentiasa berhajat kepada ALLAH. ALLAH itu Maha Kaya, seandainya kita tidak menyembah ALLAH, tidak akan berkurangan kuasa ALLAH itu tetapi andai kita tidak menyembah ALLAH maka tunggulah azabnya kelak.

*sangat berharap, semoga satu hari nanti tiada lagi cerita2 yang begini dan tiada lagi ulasan2 yang menunjukkan kedangkalan aqidah seseorang pelakon atau sesiapa sahaja dalam kehidupan. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara*



5 comments:

  1. x pernah baca novel ombak rindu ni.so x delah eksaited sgt nak tgk filemnya..hihi

    ReplyDelete
  2. tak tertengok pun ombak rindu tu kat astro. dunia dah akhir zaman kan...

    ReplyDelete
  3. tak pernah baca novel tu. Yati (adik) ada ajak nak tengok filem ni cuma tak tahu bila lg. Apa yg Maya cakap tu mmg ada terbaca dah kat FB. Semoga dia dpt hidayah nanti.

    ReplyDelete
  4. ramai sgt yg kata citer ombak rindu best. tp entahlah... pada yg mmg kaki wayang tu mmg eksaited sgt. saya? biasa2 aje....

    *yup... matlamat tak menghalalkan cara kan...

    ReplyDelete
  5. kakyong pun memang x suka bila tgk preview promo tuh.. terus tak jadi nak buat review kat blog... rasanya tanpa babak tu pun, cerita nya tetap nampak cantik.. lagipun dalam novel tdk lah menjurus sgt part ini..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!