Thursday, June 13, 2013

Terlajak Melaser

Seorang suami pulang dari kerja. Air limau nipis tersedia di atas meja. Kebetulan isteri sedang membasuh pinggan. Lalu dia menuang sendiri air untuk menghilangkan dahaga. Saat mahu minum, terperasanlah dia biji dan hampas limau di dalam gelas.

"Biji limau pun tak tapis. Kalut sangat tak bagi laki kawin lain, bab ni pun payah jaga!"

Bang!!! Terbelah-belah rasanya hati isteri. Dia melakukannya kerana mahu redha suami, tiada terlintas dihatinya berkhidmat kerana tidak mahu suami mencari yang lain. Sedih hatinya kerana baktinya yang lain atau sekurang-kurangnya menyediakan air itu tidak dipandang, tetapi tidak menapis biji limau nipis pula dijadikan alasan untuk suami mencari yang lain. Merajuklah hati.

Barangkali, suami hanya mahu bergurau. Tetapi isteri telah terasa niatnya mencari redha suami dan Ilahi dipandang serong oleh suami. Pastilah sedih!

Nasihat buat isteri, sabarlah. Itu hanya sebahagian 'hiburan' dalam rumahtangga. Tiada guna menyimbah muka suami dengan air limau sekalipun geram. Berdosa pula jika meninggi suara melawan 'perli' sang suami.

Apa yang perlu dilakukan adalah tunggu kesempatan yang manis menjelma dan berterus terang kaw-kaw pada suami. -'Sampai hati betul yu cakap mcm tu dkt ai! Tau tak ai buat tu kerana Allah, kerana mau dapat redha yu? Kalau yu nak kawin lain sbb ai xtapis biji limau je, xde sape teringin nk kawin pun dengan org cerewet mcm yu'. 

Dikesempatan lain, jangan pula lupa tapis air limau tu. Semoga itu adalah kali terakhir air limau tidak ditapis bijinya ok?

Buat suami pula, terlajak perahu boleh diundur, terlajak melaser terbanglah corelle. Kalaulah sayang duit, janganlah melaser. Bukankah lebih comel jika minta elok-elok air itu ditapis. Bukan susah pun untuk menapis air limau tu. Pasti dia dengan senang hati menapisnya untuk anda jika ditegur dengan baik. Barangkali dia terlepas pandang mungkin?

Laser pun dah terjadi, tiada lain yang dapat dilakukan melainkan meminta maaf jika rajuknya panjang. Berusahalah dilain kali agar dapat menahan lidah dari berkata sedemikian rupa.

Indah syurga rumahtangga ni sebenarnya. Hanya kita yang menjadikan dunia ini kusam dengan nista.  Coretan ini tidak lain hanya untuk berkongsi dengan pembaca respon apabila berlaku keadaan yg hampir dengan cerita rekaan ini. Bagi perkara yang kecil, usahlah dibesarkan sehingga terbazir ruang bahagia milik kita.

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!