Wednesday, July 03, 2013

Akhlak Dalam Bersosial : Nota Tanyalah Ustaz

Soalan : Apa kepentingan akhlak?
- Allah menilai kita dgn akhlak kita
- kita akan dibangkitkan dgn amal kita
- untuk membina hubungan dengan manusia
- akhlak adalah sendi kehidupan. Imam qurtubi kata akhlak adalah nadi dan jantung kpd kita.

Soalan : Bagaimana caranya menjadi manusia yang berakhlak?
- akhlak terbina dengan kita belajar. Susah jadi baik kalau kita xbelajar. Kita x menderma kalau kita xbelajar kebaikan menderma.
- seorang itu ikut agama kawannya. Kita akan berakhlak jika kawan berakhlak
- mengamalkan apa yang kita belajar. Manusia bermula dengan faham dan seterusnya perbuatan.

Soalan : Apa perkaitan antara akhlak, bersosial dan ajaran Islam?
- 3 tonggak besar dalam Islam iaitu aqidah, akhlak dan syariat
- kalau hidup dengan aqidah, takde akhlak maka aqidah pun akan gugur.
- xmungkin kita hidup berseorangan
- Nabi kata xsempurna jika kita xsayang orang sebagaimana kita sayang diri sendiri
- jadi xboleh biadab dgn org supaya org menghormati kita semula.

Soalan : Apakah adab di dalam majlis?
- cth majlis pertunangan dan perkahwinan sepatutnya Islamik sbb itu adalah majlis ibadah.
- kita mesti ikut agama, jgn pakai pakaian yg keterlaluan
- Nabi kata, sebaik majlis adalah majlis yang ada keluasan iaitu keluasan dgn agama spt asing lelaki perempuan
- jgn buat program yg langgar syara

Soalan : Ketika dalam majlis, bagaimana nilai yg patut dijaga dalam pakaian?
- pakaian yg menutup aurat WAJIB
- pemakaian yg logik dan sesuai
- janganlah tidak bergosok dan berbau
- cantik dlm syariat adalah memenuhi tuntutan agama dan tidak membawa masalah pd org.

Soalan : Apakah adab dalam pergaulan?
- Sabda Nabi barangsiapa yg beriman kpd Allah dan Akhirat hendaklah berkata yang baik
- kalau rasa nak marah, ngumpat, mencaci elok diam aje
- jgn cederakan orang lain dengan kata2
- kita jgn mematikan kata2 org (menyampuk)
- jgn ckp benda yg haram
- cakap benda yg memberi pahala
- gembira dengan kawan yg bercakap benda yang baik

Soalan : Kewajipan orang yang bercakap dan orang yang mendengar
- dengar betul2 orang cakap dulu
- jawab jika disoal, tunaikan permintaan

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!