Tuesday, September 24, 2013

Amanah Saham Akhirat : Nota Halaqah

Ustaz Zulramli

Soalan : Hidup bukan sekadar nak.untung di dunia, tapi akhirat juga. Bagaimana?
- kita takkan dpt pengajaran jika xnampak akhirat
- akhirat adalah satu benda yg nampak
- Allah menggambarkan akhirat dlm alQuran, 'robbana absorna wa sami'na' -- menunjukkan manusia boleh nampak. Juga ayat 'adakah kamu melihat'
- sekurang2nya kita pernah mlihat gerbang akhirat iaitu kematian

Soalan : Bila sebut pelaburan, bagaimanakah pelannya? Siapa ejennya? Bagaimanakah bentuk ASA ini?
- org melabur sbb dpt untung, bahagia dan tenang
- mahu melabur, kena baca risiko tp ASA xada ruginya
- abdurrahman bin auf bawa barang dagangan dan hanya jual barangnya dengan 700 kali ganda dimana dia infak semua hartanya kerana melabur dlm ASA

AlKahfi : 103-106
Al-Kahf:103 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
Al-Kahf:104 - (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
Al-Kahf:105 - Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
Al-Kahf:106 - (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

Soalan : Bagaimana boleh pelaburan membuatkan kita xdapat hasil?
- mati dalam keadaan derhaka walaupun asalnya melakukan ketaatan iaitu su'ul khatimah
-  Kisah saidina Ali ditikam dan minta susu sehingga keluar susu dr tpt tikaman, tetap menangis kerana runsingkan bekalny menuju akhirat yg sgt sedikit. Apatah lg kita yg tidak ada hadis yang menjanjikan syurga buat kita
- kaab al akhbar, diminta oleh saidina umar ttg bekalan akhirat

Soalan : Apa ubat, tonik yang boleh digunakan untuk melawan godaan dunia?
- bila berckp ttg akhirat pd sahabat Nabi, mereka tidak keliru
- umat kini sgt keliru
- ketika saidina umar menjadi amirul mukminin slps mengimamkan solat bawa tongkat ke tepi masjid dan berkata 'fan tashirul fil ardh' -- hai org yg beriman, berterebanlah kamu sekeliling dunia
- oleh itu, kita kena jd hebat dimana saja kita berada

Soalan : Pesan Nabi pada Abu Dzar : wahai abu dzar, perbaikilah bahteramu kerana laut itu terlalu dalam dan bawalah bekalammu kerana perjalanannya panjang. Lazimnya manusia berdoa tetapi tidak yakin mahu lebih di dunia atau akhirat, bagaimana?
- kekalkan niat yg betul Lillah adalah kekuatan yg terampuh
- kita mudah terpesona dgn pujukan syaitan
- manusia akan selalu boleh dihasut oleh syaitan kecuali orang yang diikhlaskan oleh Allah (mukhlasin)
- buat sebanyak2 amal sekalipun kecil seperti membuang duri di jalanan
- jangan tgu ikhlas baru nak buat sesuatu

'Āli `Imrān:185 - Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Soalan : Apa pelan tindakan sebagai pegangan?
- lihat tarbiah kepada Anas, Nabi tidak gunakan perkataan jangan
- jangan menzalimi makhluk
- jangan derhaka kepada Allah

Search :
- ustaz zulramli buku uturn,rnr kehidupan
- perkataan melihat, rugi dlm alquran

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!