Wednesday, September 25, 2013

Ingin Mencuba : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh Ustaz Izhar Ariff

Ibrahim : 24-26
'Ibrāhīm:24 - Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
'Ibrāhīm:25 - Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
'Ibrāhīm:26 - Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.

Buah yg sedap dtg dr pokok yg segar, elok dr segi penjagaan begitulah juga manusia

Soalan : Adakah Islam menuntut anak muda mencuba perkara baru?
- surah mutaffifin
- kita kena kejar mendapatkan perkara yg baik sama ada pernah atau xpernah dilakukan selagimana xbersalahan dgn syara'

Soalan : Bolehkah ustaz jelaskan prinsip untuk mencuba sesuatu yg baru?
- yusuf alqardhawi ada menulis halal dan haram dlm Islam, boleh dijadikan panduan
- pastikan kerja tu sesuatu yg harus dan membawa kebaikan
- almaidah : 5
- pastikan benda tu tidak haram
- pastikan tidak mendatangkan kemudharatan (la dharar wa la dhirar)
- pastikan perkara tu mendatangkan manfaat atau kebaikan kepada org

Soalan : Benarkah Rasulullah SAW turut mencuba perkara yg baru?
- nabi buat benda baru bab dunia, bab perang
- slps nabi jd nabi, adalah wahyu
- berniaga ketika kecil, lahir yatim piatu dan kemudian belajar bisnes dgn bapa saudaranya
- ketika remaja, berniaga dgn saidatina khadijah
- nabi pernah menggembala kambing
- semasa peperangan khandaq, dicadangkan oleh salman alfarisi mengorek parit
- nabi tanam pokok tamar
- berhubung perkara syara' semuanya arahan Allah, bukan perkara baru yg dicuba oleh Nabi

Soalan : Bolehkah mencuba arak untuk tahu beza halal dan haram?
- haram, xboleh cuba pada benda yg nyata haram

Soalan : Adakah seseorg tu berdosa jika dia mula berniaga lepas tu dia gagal?
- man jadda wa jada
- jika tidak mengambil duit org, tidak membawa kezaliman tidak berdosa

Sambungan hari ke 2

AnNur 36-38
An-Nūr:36 - (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
An-Nūr:37 - (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
An-Nūr:38 - (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.

- Allah menekankan kpd manusia utk menghidupkan masjid
- jgn sibukkan diri dgn kekayaan dan urusan dunia sehingga lupakan Allah
- banyakkan mengingati Allah

Soalan : Bolehkah kita mencuba nasib dalam sesuatu pertandingan?
- xboleh berserah 100% utk mencuba nasib
- faiza 'azamta fatawakkal 'alaAllah
- mesti berusaha dan kemudian bertawakal kepada Allah
- al Mulk : 15
- Allah jdkan dimuka bumi pelbagai jenis rezeki jadi makanlah dr rezeki yg Allah bagi

Soalan : Bolehkah berserah kepada nasib tanpa usaha langsung?
- xboleh diamalkan
- buat sesuatu biar ada ilmu

Soalan : Apakah ciri2 org yg berjaya di dunia dan akhirat?
- org yg sanggup menghabiskan masa, harta dan perkara baik pada diri dengan org lain
- org ni sedar bahawa nikmat adalah ujian

Soalan : Benarkah oramg yang tidak berjaya dalam hidup adalah orang yang dibenci Allah?
- tidak semestinya
- teruskan berusaha walaupun sering gagal
- cuba untuk jadi org yg kreatif
- jadi org yg berilmu

Soalan : Apakah keutamaan dalam mencuba sesuatu? 
- xboleh buat benda haram
- kejar redha Allah
- cari ilmu
- masa mesti byk igt pd Allah
- mesti ada keinginan
- tetapkan matlamat
- berdoa tanpa henti

Soalan : Bolehkah kejar akhirat saja, tinggalkan dunia?
- zuhud bukan semestinya xde harta
- biar diri rasa hina dgn Allah dan rasa nikmat yg ada adalah pinjaman
-Umar Al Khattab adalah org yg plg kaya tp zuhud. Seorg yg bersemangat, tegas, bila pukul org maka org tu akan sakit
- dicelah 10 sahabat dijanjikan syurga, ramai yg kaya
-

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!