Saturday, October 05, 2013

Anakku : Jom Sempurnakan Wudhu

Usai Maghrib, terasa lama sudah tidak berdiskusi dengan anak-anak. Jadi satu majalah dicapai. Dikisahkan tentang seorang budak yang menolong kejiranan mereka mengecat dan kemudiannya terlekat sedikit cat ditumitnya.

Kami berbincang sedikit bahawa cat bukanlah najis pun tetapi ia menghalang air dari sampai ke anggota wudhu. Selain cat, benda lain yang boleh menghalang air dari sampai ke anggota wudhu adalah sisik ikan, getah, lilin, gam kuat dan lain-lain.

Jika terjadi begini maka benda itu mesti dibuang dari kulit dan kemudian wudhu dan solat mestilah diulangi semula. Lalu saya memberitahu anak, bahawa kuku yang panjang juga boleh menghalang wudhu. Lalu masing-masing baru teringat kuku tidak dipotong Jumaat lepas. Begitulah selalunya kalau bukan umi yang ingatkan ;).

Sambil mereka mula berebut giliran memotong kuku, saya juga cuba menekankan usaha kita untuk menyampaikan air dengan baik dengan menyelat ke celah jari dan meratakan air ke anggota yang rata. Mudahnya bila kita berbicara dengan anak, selak ke betis sikit untuk tunjuk pun tidak mengapa.

Dikisahkan pada suatu hari di zaman Rasulullah s.a.w, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik 
(Hadis riwayat Muslim)

Seterusnya kami berbicara kenapa sesama adik beradik masih bergaduh, mungkin ini datangnya dari solat yang tidak sempurna. Semoga selepas ini basahnya wudhu akan membuatkan anak-anak umi makin soleh dan solehah dan tidak bergaduh sesama sendiri.

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!