Monday, September 15, 2014

Tanamkan Sifat Mahmudah Pada Anak

Bismillah,

Jumaat lalu sempat berusrah dengan sahabat2 tercinta.. kali ini naqibah kami memberi tugasan dengan membahagikan usrah kepada 3 perbincangan. Maka, masing2 boleh memilih tajuk mana yang mahu dibawa.

3 perkara itu adalah pendahuluan & tazkirah ringkas, perbincangan beberapa mukasurat Prophetic Parenting dan isu semasa. Seorang sahabat volunteer untuk membawa tajuk dalam Prophetic Parenting dan yang lain dikehendaki volunteer ambil 2 slot lain.

Sekiranya tidak ada volunteer, maka naqibah akan memutuskan person in charge untuk kedua2 slot yang masih belum terisi. Hehe.. saya biasa dengan sikap panik saya, agak gerun dengan tajuk isu semasa. Bukan tidak mengikuti tetapi saya bimbang salah membuat pentafsiran tentang isu semasa maka saya segera volunteer untuk menjadi pengerusi dan memberi sedikit tazkirah ringkas.

Tazkirah saya memang ringkas betul. Hanya bercakap berkenaan petanda usrah yang dijalankan berkesan buat ahli. Kelak jika ada kesempatan insya Allah saya akan cuba tulis.

Cuma hari ini, saya teringin sekali menulis sedikit dari perbincangan kami tentang menanam sifat mahmudah pada anak. Sayang sebenarnya kerana di usrah kali ini saya tidak membuat catatan dengan pen dan kertas memandangkan gangguan comel bertalu2 dari anak2 bila ada makanan yang dihidangkan depan mata hehe..

Dibahagian awal buku Prophetic Parenting itu, ada ditekankan peri pentingnya memilih pasangan yang soleh solehah dalam hajat ingin memperolehi anak dan zuriat yang soleh solehah juga.

Tetapi jika semua dari kita telah berkahwin, itu bukan alasan untuk berputus asa. Kita masih wajib berusaha menjadi yang terbaik. Hati yang subur sifat mahmudahnya akan mampu mempertahankan kebaikan walaupun berada di tengah2 kejahatan.

Maka untuk mendapat zuriat yang baik, perlulah dimulakan dari diri kedua ibubapa sendiri. Jika suami ada inisiatif itu maka jalan kan menjadi lebih mudah. Walaubagaimanapun jika isteri yang berinisiatif terlebih dahulu pun sepatutnya tidak menjadi masalah.

Jika mahu pasangan kita bangun tahajjud, jangan sibuk suruh dia bangun tapi kita pun masih terbaring. Mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu. Sekalipun respon dari pasangan agak perlahan, jangan berputus asa terlebih dahulu.

Bekalkan diri kita dengan doa dan zikir yang boleh melembutkan hati pasangan. Terlalu banyak jika kita senaraikan satu persatu. Yang penting kita mencuba segala yang terbaik untuk membantu pasangan kita berubah.

Selain membetulkan diri dan pasangan, apabila berinteraksi dengan anak, semasa memberi nasihat atau tunjuk ajar, hendaklah selalu kaitkan amal yang dilakukan dengan sifat2 Allah. Semasa memuji dan memberi penghargaan juga beritahu anak bahawa mereka sangat disayangi Allah kerana perbuatan baik mereka. Sebaliknya jika anak melakukan perkara yang tidak baik, kaitkan dengan kemurkaan Allah.

Berkenaan menonton TV, jujur saya perhatikan, anak2 yang tidak didedahkan dengan TV lebih mudah dibentuk. Berbanding dengan anak2 yang menonton drama dan kartun yang tidak educative. Justeru, ibubapa perlulah memendam keinginan untuk menonton drama2 dalam dan luar negara supaya anak tidak terjebak dengan perangai yang ditonjolkan dalam drama.

Ya, ada sesetengah ibubapa memilih untuk memberitahu anak2 bahawa perangai pelakon itu elok atau tidak elok tetapi saya bimbang sebenarnya ibu bapa tidak sempat pun kawtim perkara sebegitu kerana terlalu ralit menonton TV. Sudahnya anak menjadikan apa yang ditonton sebagai model kehidupannya.. sayang sekali!

Selain itu pemilihan rakan juga tidak kurang pentingnya. Sebab itulah yang terbaiknya adalah kita selalu mendengar cerita anak mengenai rakan2 mereka supaya perkara negatif dapat kita bendung dari awal lagi. Kita sebagai ibu bapa mestilah menjadi sahabat baik yang lebih akrab dengan anak daripada sahabat2 mereka sendiri.. dan disitulah cabarannya :)

Banyak lagi perbincangan yang kami lalui. Saya hanya sebut beberapa sahaja.. insya Allah jika ada kesempatan saya akan cuba kongsikan lagi.

Buat sahabat2 yang belum ada usrah, usahakanlah untuk mempunyainya satu. Jika bertanya sesama sendiri sebenarnya semua orang memerlukan usrah tapi kurang bersungguh untuk merealisasikannya. Cubalah dahuli.. semoga ada manfaatnya kelak :)

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!